Thursday, August 30, 2012

Iftar 24 - 27 / 2012 : virus virus virus

24 ramadhan tu, hari Isnin. pagi tu aku dah rasa tak sedap tekak dan badan. tapi slumber lagi pergi kerja. siap pergi site bagai. amboi kan, perasan hebat.

petang tu, aku ke bank untuk settlekan bayaran kereta. kat bank tu aku dah rasa seram sejuk. pergh, tak tahan dah siap pakai coat. time time yang aku selalu pakai coat ialah di conference sahaja ye. so kalau pakai coat sambil berjalan bawah matahari, maknanya aku ialah nak demam. so terus ke klinik, Dr kasi antibiotik sebab tonsil dah bengkak.

balik je dari office, panaskan lauk-lauk repeat semalam kelmarin, then berbuka puasa. terus telan panadol dan ubat selsema dan antibiotik.

esok paginya, 25 ramadhan, tak boleh bangun terus. kepala berat, itu tekak ada batu pasir duduk dalam. pergi klinik lagi sekali. dapat MC dan Dr tukar antibiotik lain. balik, terus buka puasa, makan roti then makan ubat dan bum tidur sampai petang. demam on off sampai lah esoknya, 26 ramadhan (rabu).

rabu lagi best. tak larat langsung bangun. mother dan mamat beli bubur di McD tapi 2 kali je lalu, the rest tak lalu makan sebab tekak tak best. paksa jugak makan roti. by malam, demam dah OK. aiman, miza dan lana datang rumah berbuka. repeat lauk pauk semalam kelmarin je.


 khamis tu, 27 ramadhan, baru beransur baik. pergi klinik lagi, ambil MC lagi.

balik tu kami singgah cimb di bandar baru bangi yang depan PKNS tu. tapi, ada ramai sangat orang beratur kat luar kedai kedai tu. rupanya diorang beratur nak masuk FAREEDA. 






ada sale ke? aku pon tak tau.

malam tu, lepas berbuka, aku, mamat dan widad bertolak balik taiping. balik kampung untuk raya.


sampai di taiping jam 3.30am. jalan smooth tapi kereta banyak.

4 comments:

Dr Singa said...

pehh...
gila kentang minat fareeda perempuan perempuan itu!

Anonymous said...

kak, sakit ape kak, teruk sangat nampak..apasal banyak gilerr ubat akak nih?
:O

aliaaroslan said...

@Dr Singa serupa macam budak2 beratur nak tengok k-pop... saya tak sanggup..

aliaaroslan said...

@karl koleksi ubat, konsepnya. ada antibiotik, actifast, cetrizine, ubat batok, sakit tekak (kurangkan bengkak), ORS bagai. doktor kata berpunca dari tonsilitis. kene tukar antibiotik 2 kali...