Monday, August 13, 2012

Iftar 20/2012 - tiba-tiba gas habis...

ku bangun untuk sahur, tapi roti semua habis. widad habiskan. adoi, tak tau nak makan ape. aku bukan style makan nasi berlauk or yang sewaktu dengannya masak sahur. aku suka simple punya makanan macam roti, nestum, etc. tahun lepas, hari-hari cukup 30 sahur aku makan nestum semug. tahun ni hari 1st sahur je boleh telan. tu pon separuh mug.

anyway, sebab tak tau nak makan ape, aku minum air je. masuk keluar dapur 3-4 kali, last-last aku minum air lagi then tidur balik. bila bangun pagi tu, baru teringat yang aku ada class fieldwork harini. memang terbaik, Aliaa. sape suruh kau lupa. merasalah kau kelaparan dan kehausan. lapar aku ok lagi, boleh tabah menahan. terus aku rasa ruginyaaaaa aku tak minum air berbotol-botol. 

aku balik kerja dengan semangat nak masak berbuka. dengan azam di hati nak bantai makan banyak-banyak. mula mula aku masak ayam masak halia dulu. tengah tengah duk tunggu ayam tu masak, tiba-tiba...  GAS HABIS!!!. amek kau!!!.

fikir punya fikir, memang lauk recycle banyak lagi. tapi mother dah bagi pesanan penaja, beliau nak makan terung bakar sambal. aku call Mamat mulanya, dengan harapan dia on the way balik nak berbuka kat rumah. tapi tidak, haruslah dia berbuka bersama gadis.

masalahnya, the last time kami beli gas di NZ, kene bawak tong gas sendiri ke kedai. NZ takde delivery service. takde bangla nak menghantar katanya. so aku tabah angkut tong gas naik Jonah. then sampai kedai, terus beli gas. beli roti sekali untuk aku sahur.

tanya punya tanya, borak punya borak, NZ dah ada delivery gas tapi kene bagitau at least 1-2 jam before sebab dia nak contact orang yang hantar gas tu. masalahnya, kat tong gas petronas tu mane ada tulis warning gas nak habis or tulis gas level kan. takpe, aku tabah je lagi.

so aku angkut gas dari bawah naik ke rumah. keluar dair lift floor aku, aku dah tak kuasa dah nak seret or angkat tong gas tu. so aku jatuhkan pelan-pelan tong gas tu, then roll je sampai depan rumah.

pasang kepala gas, siap! settle semua. so aku pon continue masak ayam masak halia, then terung bakar sambal.

terung bakar sambal

ayam masak halia
aku cakap nak makan banyak kan? tak pon. aku makan banyak tu jugak. nasik 1 senduk jugak.

tapi...

air aku minum bergelas-gelas.

7 comments:

muna mahdzar-fadaaq said...

Salam Eidul Fitri Alia. Maaf zahir batin.
Hopefully gas tak habis masa raya ;)
xoxo

ajax85 said...

selamat hari raya..tgk makanan mcm sedap je..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

en_me said...

kat umah me biasa ada 3 tong gas, leh standby 2 tong kalo kehabisan stok.. ehhhee

slmt hariraya cik aliaa tuu..

en_me said...

kat umah me biasa ada 3 tong gas, leh standby 2 tong kalo kehabisan stok.. ehhhee

slmt hariraya cik aliaa tuu..

aliaaroslan said...

@Muna Mahdzar-Fadaaq selamat hari raya utk akak sefamily. so far tak habis lagi gas memasak utk hari raya ni :)

aliaaroslan said...

@man baru tengok dah rasa sedap kan. belum try makan lagi. takut mengigau karang. hehe

aliaaroslan said...

@en_me selamat hari raya en me sekeluarga... nampaknya saya pon kene standby satu extra tong gas di rumah...