Thursday, August 9, 2012

Iftar 16/2012 - Metro Kajang & Czip Lee

ha, sebab takut terlepas lagi tak bersahur, kali ni semorang terus bangun lepas alarm bunyi sekali. hahaha...

dan, untuk mengelak kelam kabut masak bila balik dari shopping, kami masak siap-siap sebelum keluar rumah. lepas zuhur baru kami keluar rumah.

kami ke kajang a.k.a surabaya. punyalah sesak kajang. plan asal nak park di metro kajang. tapi full. underground dan rooftop parking dua-dua full. tabah lagi kami jalan. pusing ikut pusrawi, tiba-tiba ada satu kereta nak keluar. memang rezeki kami, alhamdulillah. kene menapak sikit la ke metro kajang.

czip lee ni tempat beli stationary terbaek di kajang. masa zaman aku kecik la. MPH dan popular pon takde lagi. masa duk asrama form 1 & 2, kalau keluar bandar ke kajang, ni la tempat yang aku ngan member2, termasuklah budak-budak sekolah lain tuju. pastu kami akan jalan-jalan di metro kajang, makan kat foodcourt dia. kalau duit lebih sikit makan KFC. tapi aritu aku tengok KFC dah 3 tingkat wooo. 



ramai gile orang kat dalam metro kajang tu. kami masuk parkson. so masuk lah dapat sejarah aku beli baju kurung dari parkson. ha, amek kau.

pergi jugak deAlfa. tapi baju semua pesen tahun lepas. so cancel.

then beli lagi hadiah untuk present day. jalan sampai tak larat.

kat luar metro tu ada jual-jual kat kemah putih tu. jalan-jalan situ. then kami beli tudung dan jubah.

settle semua, kami pon balik rumah. just nice je timing. suruh alim masak nasi dan widad buat air. terus waktu berbuka. maisa dan zul pon datang. 

sambal petai ikan bilis. stock up dalam freezer pon ada.

sambal kicap daging + kacang panjang

mother masak tomyam putih. maisa request. pastu dia makan sikit je. chesss

mother masak patin asam pedas

lepas berbuka, kami lepak sat. lepas terawikh kami ke Mc D Nilai. alim kata "along, why do you have to wear that kotak-kotak seluar? you don't belong with us. you seems like selekeh you know?". hampeh kan ada adik camtu. lepas tu sibuk suruh aku belanja fries. 


sekian laporan harian dari budak perut berlipat 3.

2 comments:

doc said...

apesal gambau kau ala-ala retro hari nih....?
kelabu asap jer...

aliaaroslan said...

@doc pakai camera fon widad. dia kata dia pakai setting apebende entah nak jadikan gambar ada efek ape entah. kalau huhu...