Wednesday, August 8, 2012

Iftar 14/2012 - vegetarian?

mother teringin sangat nak makan pecal. of course tak percaya dengan kesedapan pecal yang dijual di pasar malam dan di bazar ramadhan, maka beliau pon membeli barang-barang untuk membuatnya.

well, pecal kan kira macam kategori makanan vegetarian. timun, sengkuang, kacang panjang dan taugeh, semuanya makan mentah. tauhu je yang perlu digoreng. then aku buat kuah kacang. itupon kacang aku beli yang dah siap blend punya. tinggal masuk periuk, tambah air, cili boh, adjust dengan garam dan gula. siap!

set pecal. beli kat kedai satu RM2. buat sendiri, banyak ni boleh makan sorang 4 round!

bayam juga ada
then, untuk kanak Alim tu aku buatkan kurma ayam letak kentang. lauk lain kami recycle lauk semalamnya, reheat je.

kurma ayam
lepas terawikh, kami ke McD Nilai. makan ice cream, makan burger, makan fries, minum kopi.

2 comments:

doc said...

nangis saya kalau kena makan sayur gini !!!

aliaaroslan said...

@doc Dr boleh geng dengan alim dan mamat.