Thursday, August 2, 2012

Iftar 12/2012 - teringin

aku teringin nak makan sambal belacan.

mother teringin nak makan terung bakar / terung sambal.

so, balik dari office, singgah BanSoon dan beli cili masak dan terung.

kacang panjang ada dalam fridge. so basuh dan patah-patahkan aje.

mula-mula aku tegar je nak tumbuk cili sambal belacan tu pakai batu lesung. dahtu macam tak hancur-hancur je, so aku pon keluarkan blender. campur semua dan blend. siap.

terung tu aku bakar. tapi terlebih letak olive oil. so agak berminyak sikit. nasib mother ada beli pan untuk membakar. memang senang! tiba-tiba harini terasa nak buat kambing bakar. ada sekeping lagi dalam freezer tu rasanya. eh, kan dah tersasar.

aku tumbuk cili untuk sambal belacan tu, sambil sebelah tangan menumbuk, sebelah tangan cover tutup lesung tu tak nak cili mercik ke muka. of course la akan terpercik kat dua-dua tangan kan. so lepas siap semua barulah terasa pijar tangan. tahniah kepada diriku. padahal mother dah cakap, pakai plastik kat tangan tu nanti pijar. masa nak tidur baru hilang pijar tu.

lauk lain, reheat paprik ayam, ayam masak halia dah sawi putih masak lemak.

sambal belacan, kacang panjang mentah, terung bakar

2 comments:

doc said...

orang Johor kata 'pijau'

mother kat sini?
kim salam dia..
:)

aliaaroslan said...

@doc dah sampaikan salam :) macam gigih je masak sampai pijar tangan kan. hehe