Thursday, August 9, 2012

Iftar 19/2012 - we go for vegetarian

 kalau kat korea, konsep vegetarian tu maknanya restoran to tak serve daging. daging lembut, daging ayam, dan daging babi. so kalau ke korea, boleh la makan kat restoran vegetarian diorang. cuma masalahnya, kalau kaki bangku tak reti baca tulisan korea macam aku ni, memang kene broken korean tanya owner restoran tu dengan ayat yang bermaksud "pakcik, apakah restoran ini tidak ada daging?". pakcik tu akan jawab "ya, anak" kalau itu restoran vegetarian lah.

ok, aku tipu je semua dialog kat atas tu. takde maknanya nya. konfem akan guna sign language kalau nak tanya. siap dengan gaya ayam lagi. amek!

so, semalam aku masak kacang bendi steam, terung bakar, pecal (dan aksesorinya) dimakan dengan kuah kacang, sambal ikan bilis petai stok dalam freezer, sambal belacan dan ikan masin. so kami dikira korean vegetarian lah kan. hik hik hik...


pinggan sape ni?
bagi mengekalkan pencuci mulut tradisional melayu, aku pon buatlah bubur chacha as requested by mother. 


lepas terawikh, aku ke nilai jumpa Pakcik. kami pergi makan kat restoran milik makcik Kak Lin (officemateku yang berlainan School), yang juga sepupunya telah berkahwin dengan x-studentku. complicated tak complicated jugaklah tapi kesimpulannya, itu restoran yang menghidangkan nasi arab dan makanan arab yang lain, di samping local malaysian dishes dan western dishes. nama kedainya Marbahan Bikum yang terletak sebelah dataran Nilai.

aku order murtabak kambing. dalam kepalaku dan tersemat di dada, murtabak nya ialah bersaiz normal seperti yang dijual di pasar malam. namun, tidak sama sekali. murtabaknya ialah 4 kali ganda dari murtabak di pasar malam itu dengan amout fillingnya yang banyak sekali!!! aku hanya mampu habiskan 1/4 daripada the whole portion. lainnya aku tapau.

murtabak kambing sedap gile

Pakcik order Char kuey tiaw. portion nya gedang juga, 4 kaliganda dari portion pasar malam atau restoran biasa. dia pon tak habis makan. biasanya dia tukang habiskan makanan aku. 

pakcik bagi souvenir lagi =) suka!
ape nak masak today? oh yes. mother dah kasi menu tadi. balik ni nak berkuntau.

2 comments:

haslina said...

oh Alia, masak simple-simple lah paling sedap bila makan waktu berbuka.
terutama lagi masak sendiri.

nyaman...

aliaaroslan said...

@haslina agree sangat, kak.. tak membazir pon iye gak..