Tuesday, May 24, 2011

sapa kawen?

eh, jap. sekarang ni musim kawen mawen kah? saya pon tak sure. tapi dapat jemputan, maka marilah kita pergi makan nasi minyak!

yang kahwin ni, kawan perempuan saya. ezrin namanya.

kawan sama-sama maahad dulu..

kami geng pergi kenduri kahwin kawan-kawan.

majlis dia buat jumaat malam lepas. 

sampai aje di rumah ezrin, terus terjumpa kawan maahad yang lain.

saufi & fahmi - pernah sekelas dengan diorang dulu.

saufi jadi MC of the night. fahmi pulak incharge PA system. ha, sape nak sewa PA system dan perkhidmatan MC, boleh cari diorang.

aku pergi dengan izzat. lepas jumpa borak dengan saufi & fahmi, kami terus naik ke rumah dan ke bilik pengantin. sementara tunggu pengantin make up, kami bergambar perasan sendiri dulu. lepas tu wan faizureen (kawan maahad jugak) pon sampai dengan anak dia. kami borak bergambar lagi..

sibuk saya nak pegang hand bouquet masa nak bergambar dengan wan faizureen & anaknya

izzat pon join ambil gambar syok sendiri

ni la calon bakal dikapit oleh saya bulan 9 nanti.

lepas pengantin dah siap make up dan bersiap semua, barulah kami iring pengantin turun untuk bertemu dengan suami dia. 

congratulations ezrin!




lepas makan dan bersalaman dengan mak pengantin, kami balik ke rumah masing-masing dengan perut yang penuh. mwahaha..

bila dah on the way balik rumah, baru perasan yang tak ambil gambar pon diri sendiri. pengantin cakap kene pakai konsep arabian night. tapi jubah ni aje yang terjumpa kat rumah. maka, inilah dia... blasah konsepnya..

2 comments:

HLiza said...

Oh minah maahad ye..bila turn dia ye..

aliaaroslan said...

@HLiza

soon bila jodoh dah sampai