Wednesday, May 11, 2011

yang pergi penang tu lah

sambil-sambil dengar lagu dari glee, dan berangan menari dan menyanyi dengan suara rachel dan kurt, marilah kita update blog. dah berapa kurun daaa bersawang blog ni you all.

2 minggu lepas masa balik ke taiping dengan Latifah, kami buat plan dengan CikguLan nak pergi ke Penang. motif utama ke Penang ialah nak makan di Minah Restoran.

pagi-pagi buta lagi kami dah bertolak ke Penang. ok, aku tipu. tak la pagi sangat. dalam pukul 10.00am macam tu sebab target nak lunch terus bila sampai Penang. well, perjalanan pon tak lama, dalam sejam macam tu aje dari Taiping ke Penang.

sungguh excited sekali masa cross Penang bridge. aku cuba nak ambil gambar 2nd Penang bridge. memang nampak tapi tak clear lah pulak nak tepek kat blog ni.

entering


biro driver dan co-driver

feeling-gfeeling godzilla di situ
Minah restoran tu kat gelugor tau. so lepas Penang bridge tu, ambil kiri ke gelugor / USM. jangan kau masuk georgetown pulak. karang tak jumpa-jumpa restoran gemilang tersebut.


jalan terus aje sampai jumpa pintu gerbang USM ni. tapi jangan masuk USM pulak. terus lagi tau. 

sampai nampak jejantan pejalan kaki yang ke-2 lepas USM tu. lepas aje jejantas ni, masuk simpang kiri ke deretan kedai-kedai dan bank.

then akan terus nampak Minah restoran ni. silalah cari parking. tapi, jangan bayar parking kat orang sebarangan tau. bayar kat mesen dia. sebab kalau ada orang yang mintak duit parking tu, itu semua tipu aje. jangan terpedaya.

orderlah kari kepala ikan


budak kelaparan

dan ayam goreng sos cuka marveles


kami juga peserta kelaparan

ulam sambal pelengkap bicara


mengadap lah kau dengan makanan tu sambil kagum tengok semua jenis kaum datang makan kat restoran ni. so aku tak berapa nampak ape kerelevenannya nak buat kempen 1Malaysia ke bagai tu dan bajet-bajet semua salur kat situ. aku rasa membazir je pasal dah memang malaysia sedia majmuk dan takde perkauman.




lepas tu kami jalan-jalan pergi ke kolej CikguLan. dekat aje rupenye dengan Minah restoran tu. banyak dah tambah bangunan dan banyak dah renovate kata CikguLan. layan nostalgia you all. 



ok, muka masih bulat.


kerana hari tersangat panas kedengkang (ni perkataan ape ni?), maka kami menuju ke georgtown untuk ke gurney plaza. cuci mata sambil menyejukkan badan. 



lepas beberapa jam jalan-jalan dan makan snack dan ice cream, kami lepak kat gurvey drive pulak, yang depan padang kota lama tu. nasib lah cuaca cantik aje, tak terik. layan ambil gambar sambil makan kacang rebus dan air cincau.








dalam pukul 6.00pm macam tu kami bertolak balik ke Taiping. balik rumah, mandi-mandi dan terus keluar nak dinner. bawak bekal udang sendiri tau, suruh orang kedai tu masak. sebab CikguLan dah beli udang yang baru naik petang hari semalamnya.

ha, ni lah nama kedai yang kat area Simpang yang tomyam sedap gila tu.





















sekian laporan hari makan sedunia.

4 comments:

bujal X said...

ada singgah kena nasi kandar??

Ms Haslina said...

dasat tu penarik restoran minah. serius mmg akak tak pernah makan kari kepala ikan. apa agaknya rasanya yea.
erm..

aliaaroslan said...

@bujal X

tak pon encik, sebab penangan lauk minah restoran mengatasi semua nasi kandar di penang itu.

aliaaroslan said...

@haslina

kari orang utara dia lain sikit. memang sedap gila. paling penting, kedai bersih.