Wednesday, May 4, 2011

adegan lagi

jumaat sampai selasa baru-baru ni, aku dan maisarah balik taiping. kalau tau DrHanie pergi jalan-jalan taiping, boleh mengedate disinun.

kami bertolak jumaat malam, naik kereta maisarah. sebelum tu pergi jumpa pakteh di shah alam dan lawat member office di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). bertolak pon dah pukul 10pm, so naik guthrie highway dari shah alam zass terus masuk plus highway terus ke taiping ikut exit changkat jering.

sampai dalam pukul 2am macam tu. maklumlah, drive sambil mengumpat dengan banyak kereta yang pemandu memandu bagaikan highway tu dia yang punya, so pergerakan agak slow dari rawang sampai gua tempurung.

sabtu tu kami (aku, maisarah dan ayah) pergi jalan-jalan ke penang. yang tu cerita nanti. ahad kami lepak-lepak kat rumah sambil makan kuey tiaw goreng udang Salleh Stall Kuala Sepetang. petang tu ayah kata nak pergi tengok kawan beliau main bola. aku n maisarah malas nak ikut since hujan. tapi rupanya hujan kejap aje. lepas ayah balik dari tengok bola, kami plan nak pergi taiping sentral lepas maghrib. tiba-tiba air takde kat rumah. serius setitik pon tak keluar. dah lama dah takde adegan takde air ni. so kami berjimat cermat lah pakai air yang memang ditadah dalam tong. strict untuk membuang dan gosok gigi aje.

kami bajet, takde air kejap aje. sebab konfem dah ada orang buat aduan kan. tapi, kami balik dari taiping malam tu pon masih takde air. so releks lagi sebab air tadahan banyak lagi.

esok paginya (isnin), air masih takde lagi. so kami pergi buat adegan mandi kat sekolah ayah. nasib baik 2nd boss kan so slumber aje ada kunci sekolah bagai. pergh, rasa heaven pulak dapat mandi, padahal kalo kat UK n Ireland dulu, mandi sehari sekali je, takpon selang sehari. settle adegan tu, terus brunch kari semilang kat matang. terus kami ke taiping sentral lagi dan jalan-jalan taiping sebab bajet-bajet kalau balik rumah nak dekat petang nanti, konfem air dah ada. lagipon tengah hari tu ayah call jiran sebelah rumah, dan jiran kata air dah ada.

tapi, kami balik rumah petang tu, air masih takde. rasa macam tensi pulak sebab rumah orang lain ada air. ingatkan nak pergi cuci rambut garuk-garuk urut-urut harga RM6 dengan maisarah, tapi lambat pulak kene tunggu turn. so kensel dan lepak di rumah sambil menunggu air ada. air tadahan tinggal suku tong. maisarah suggest, kalau takde air jugak malam tu, kitorang pergi tidur hotel kat taiping aje. mwahaha.. petang tu kami nak pergi makan lagi kuey tiaw goreng udang kat Salleh Stall. aku n maisarah dah siap-siap masuk kereta dan ayah saje pergi check paip air luar rumah, buak ke tutup. mane lah tau ada pulak budak-budak nakal main-main bukak tutup pili air rumah orang. sekali kooooooooooooooo, paip tu tertutup hokey. so bila ayah bukak paip tu, air pon keluar laju je kat rumah. kau tak stress nok??

petang tu mandi bagaikan baru balik dari camping 4 hari tak mandi. hahaha..

suka nak buat adegan kan.

2 comments:

Shiema said...

series 6 hengget je cuci rambut? mau hari2 nak g cuci kalo rege camtu kat shah alam

aliaaroslan said...

@Shiema

seriusss kak shiema.. tu yang setiap kali balik kampung wajib pegi tu. kengkadang tu selang sehari pegi. hehe.