Monday, May 30, 2011

bolehje

setiap kali lalu exit hospital sungai buloh di highway PLUS, mesti aku teringat satu adegan yang aku rasa kelakar. aku la rasa. orang lain aku tak tau.

satu weekend bila entah, CikguLan ajak aku ziarah nenek sedara yang sedang koma di hospital. dengan confidentnya, CikguLan cakap kat hospital selayang. siap call sepupu CikguLan lagi nak confirmkan wad. kami pon dengan sungguh-sungguh pergi hospital selayang. aku yang asyik lupa jalan kat selayang tu siap call member lagi tanya arah jalan hospital selayang.

siap parking, kami pon naik ke wad. siap tawaf satu wad dan CikguLan call sepupu beliau lagi kata dah sampai. tapi takde bayang pon sedara mara. kami pon tanya kat kaunter jururawat, konfemkan jenis wad. jururawat tu cakap memang betul jenis wad tapi nama pesakit yang kami kasi, memang tak di check in ke wad tu. CikguLan call balik sepupu beliau, konfemkan lagi sekali wad. siap cakap kami kat kaunter jururawat lagi. tiba-tiba, salah sorang jururawat tu suruh kami tanya sepupu CikguLan, hospital mana. dah sepupu CikguLan cakap hospital sungai buloh.

cissssssssssssssssssssssss..

lepas dah gelak-gelak malu dengan jururawat-jururawat tu, kami pon terus pergi hospital sungai buloh. mestilah konfem jumpa sedara mara kat situ.

pergh, jenis wad dah sama. design hospital pon nak dekat sama. nama hospital aje lain. sila make sure double triple check nama hospital kalau nak buat lawatan tapak!

ye, gelak-gelak malu aku tau..

4 comments:

Anonymous said...

hosp. Selayang dengan hosp. Sg Buloh..memang nampak perbezaannya Aalia....hehehe....

aliaaroslan said...

@ajujua

jenis wad dah sama. nama aje lain. hhuhu

Dr Singa said...

' S ' di pemula nama je sama !!

aliaaroslan said...

@DrSinga

itulah akibat kalau tak tanya betul2 semua info dah ala2 berlagak pandai. hehe