Tuesday, December 15, 2009

Natrah

aku rasa entry kali ni adalah yang paling banyak gambar (rasanya).. besalah, super excited kan first time tengok teater kat IB (ye, aku memang lembab).. patutnya aritu nak tengok PGLTM, tapi tak jadi pulak, ada kerje.. kali ni, tengok Natrah ni pon pasal ayoi (one of my besfren) yang tolong bukingkan teket.. nak harapkan aku, lagi lah terkial2.. walaupon hantu gadjet, tapi kadang2 buta IT jugak aku nie.. cheh!

so kitorang pegi tengok Natrah 12 december 2009 (sabtu) yg lepas.. aku bertolak dari rumah (dengan perasaan teruja) jam 6.30ptg.. sampai IB pkl 7.15, terus collect teket kat kaunter n maghrib.. yang aku maleh n marah kalo solat kat surau ni, adalah orang2 yang tak berkenaan pon nak "melepak" jugak dalam surau.. kalo kamu bukan dalam kategori nak bersolat / menyusukan anak, usahlah kamu menyibuk2 memenuhkan surau yang sedia penuh n padat itu.. baik kamu duk luar surau, kasi peluang kat orang yang betul2 nak gunakan surau adalah lebih baik ye puan2 cik2 sekalian.. (pehal tersasar siap kasi tazkirah ni? sila abaikan).

lepas setle urusan aku, aku tunggu ayoi, kakak ayoi n kawan2 kakak ayoi utk datang.. diorang sampai terus solat n kitorang pon pegila depan panggung sari tunggu time diorang (orang2 IB) buka pintu.. kebetulan pulak kitorang berdiri depan booth yang menjual merchandise Natrah ni : buku program, tshirt, poster, bunga, etc.. budak yang menjual tu cakap kalo takde merchandise2 dari produk Natrah, nanti tak dibenarkan utk masuk minta autograph main cast lepas habis show.. so kitorang terus dengan pantas beli buku program sorang satu.. masa beli tu ada lagi 30 buku.. lepas 1 minit, tinggal 12 buku aje, lepas lagi seminit, habis.. maknanya diorang memang limitkan orang yang boleh ambil autograph.. atas alasan ape? ntah ler..

then tepat jam 8.15, pintu dibuka.. masuk aje, terus cari seat.. aku n ayoi sangat terkejut bila sampai seat sebab seat kitorang adalah centre, barusan kedua dari stage! ha, amek! kuku pelakon pon boleh nampak dengan clear! sebenarnya masa ayoi beli teket, die tengok dalam internet, sitting nyer 6 dari stage.. so kitorang agak, yang area depan2 tu besanya untuk press kot.. for 1st day n 2nd day memang usually ada press datang kan..



tepat jam 8.30, announce nyanyi negaraku (memang protokol, aku pulak kagum sebab tatau).. then MC kasi kata2 aluan n show bermula..

Natrah tu pasal ape? erm, google sendiri ler yek sebab aku rasa rata2 orang yang pegi tengok teater ni dah pon tulis dalam blog masing2 pasal Natrah ni..

show? fantastic, bombastic, the bomb (ye, aku teruja).. tak sangka yang panggung teater IB digelarkan bertaraf dunia tu, memang betul2 bertaraf dunia..

so layan gambar la ek sampai muntah hijau!

watak2 tambahan


sahrolnizam - peguambela

mariah - natrah @ 5 years old

samantha schubert - mak original natrah

sofea jane - natrah @ 70 years old

remy ishak - mansur adabi, husband natrah (my current boyfriend- hahaha)

umie aida - che aminah (penjaga natrah)

maya karin - natrah @ 13 years old ++

the pengarah


everyone


lepas show semorang keluar cepat2.. agaknya nak beratur amek autograph kot.. aku n ayoi pon sama naik jugak, tapi tak rebut2 la, control macho kitorang nie (ye lah tu).. sampai luar panggung, kitorang tatau mana nak beratur.. so lepak2 dulu, mingle around sambil cari kakak ayoi n the geng.. then pelakon2 utama pon keluar duk kat meja nak sign autograph.. kitorang ni still tak jumpa line utk beratur.. hahahaaa

autograph signing

sebab tak jumpa lagi line utk beratu, kitorang bergambar dulu dengan artis2 yang bukan kat meja autograph, diorang mingle around jugak.. so blasah la kan! kata jakun!



lepas tu kitorang jumpa dah line nak beraturnya.. tapi, tokleh bawak camera masuk tempat sign autograph tu.. so kitorang mintak tolong kakak ayoi standby dengan camera kat depan meja autograph tu.. modus operandinya, lepas mintak sign aje, mintak nak bergambar jugak.. so artis akan bangun n kita tunjuk camera kat mana.. chantekkkkk

oh, sungguh neves perasaan utk bercakap, mintak autograph n bergambar dengan boyfriend sendiri (sila muntah lagi)

alamak, tersangatla tinggi - songkok

chantek kan! she's very3x friendly

turn ayoi pulak..
pehal muka ayoi macam tu? sebab die marah kat petugas IB yang tak kasi die amek autograph banyak2 - sebab die mintak autograph kat program book n teket teater sekali.. siap petugas tu tarik buku program die suruh cepat.. cisssss..

aku, budak yang jual program book, ayoi n kakak ayoi

Hamzah Mohd Tahir - best!

last picture before main cast masuk (gila cun umie aida, samantah n sofea jane!)
masa last ni pon petugas IB n bouncer2 artis ni sebuk mendepang tangan n kata "ok2, sudah.. masa dah tamat".. yang artis2 ni maintain lagi berdiri kasi chance peminat amek lagi gambar diorang.. so, sape yang artis ni sebenarnya?

harus ada gambar dengan bunting

penari + pelakon tambahan IB + sofian bujang


lepas tu kitorang mingle lagi kat perkarangan IB tu, baca pasal kisah natrah (ada pameran), jumpa lagi pelakon2 tambahan n bergambar, amek autograph lagi.. ayoi beli buku Natrah yang ditulis oleh lecturer UTM.. penulis tu siap pegi jumpa Natrah (@Bertha) lagi kat Holland and US, mengejar die untuk dapatkan cerita yang sebenar2 n asli.. adventures btul!

kesimpulannya, memang best! dengar kata nak buat Natrah 2.. erm, kalo jadi, aku konfem pegi lagi.. dalam jam 11.30mlm camtu, kitorang dah setle suma.. so pulang la ke rumah masing2 dengan memori yang best!

4 comments:

mugiwara said...

sangat best!


apsal bonzer tu poyo sangat ha?

rasa nak lempang jek! [kalau berani]

julie^beth said...

mugi - saje aje bonzer tu nak mengeji kat peminat2.. sebab die tidak diminati!

Zumairi said...

best tak teater tu...sama macam citer Natrah yg betul tak?

http://paksuu.com

julie^beth said...

paksu - best! tak semua cerita dipentaskan, yang penting2 je.. tapi overall best