Friday, July 1, 2016

Buka puasa at FABE

Minggu ke-3 berpuasa, pihak faculty plan nak buat majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama dekan. Committee pon disusun, aku kena jadi makcik kantik kali ni. Ada colleagues yang jadi biro hiasan & backdrop, biro logistik an sebagainya.

Sebagai makcik kantin yang berjaya dan untuk memastikan kelancaran majlis, aku dan committee pon decide untuk arrange makanan macam ni,

Untuk lecturers and staff, buffet.
Untuk students, packed food.

Dalam pada duk mencari nak order kat mana dalam tempoh yang dekat, aku pon teringat dengan kawan sama PBSM UiTM dulu, Fauziana. Dia dan husband dia memang ada buat catering.

Visit FB page : Zawana Catering.

Tempahan pun dibuat, deposit semua dah bayar, pilihan makanan pon dah dipilih.

Pada hari kejadian, students pon tolong kami set up backdrop dan atrium faculty.

sesudah siap set up backdrop

backdrop

Jam 4.00pm macam tu, orang catering pon sampai. Acara bungkusan makanan dibuat kat faculty sebab takut untuk pack awal-awal, dikhuatiri makanan cepat jadi tak elok. Kami pon join sekaki dengan students.





Jam 6.30pm macam tu, kaunter pendaftaran dibuka. Event ni untuk semua warga Faculty of Architecture & Built Environment IUKL. Students perlu register dan kami akan kasi satu set makanan composed of Nasi beriyani ayam, kuih 2 jenis dan kurma, serta air sirap (ada 2 tong tambahan untuk refill).

kaunter pendaftaran - Photo by Anwar

Isi air sirap. Tertelan-telan air liur kau - Photo by Anwar

with kak siti - photo by Anwar
Majlis berjalan lancar. Ada bacaan doa selamat dan doa berbuka puasa & makan. Ada persembahan students. Selebihnya sesi makan dan borak-borak. Nampaknya students enjoy sangat.

Photo from Zawana catering

Photo from Zawana catering

Photo from Zawana catering

Habis makan, sesi tapau menapau pulak. Kami order bilangannya just nice. Lebihan takdelah melampau. Edarkan kat students dan diorang pon happy sangat dapat makanan untuk sahur nanti. Settle gulung tikar semua, kita bergambar seround sebelum balik.

antara lecturers dan staff merangkap committee yang hadir dan sempat snap gambar bersama

Best buat event kali ni. Semua best. Alhamdulillah makanan mendapat pujian dari ramai pihak. So sape nak ambil berkhidmatan catering, boleh visit facebook Zawana Catering.


Zawana Catering :

Minimum order utk 50 orang makan :)
Sila hubungi Zawana Catering di talian 017-6923664 utk tempahan.
*Cara booking tarikh? Cuma bayar deposit RM200 & kami akan block tarikh untuk anda...
~Selangor~KL~Putrajaya~

0 comments: