Blog aku ni memang teruk dan sendu aje sepanjang tahun ni. Kawan-kawan blogger lain semua update seperti biasa. Kawan-kawan yang selalu baca blog aku pon selalu tanya, kenapa lama tak update blog. Well, tahun ni ialah agak busy dah hectic. Mana satu nak cerita aku pon tak sure. Less than 50 entry kot as of now, seriously sikit. Maafkan aku ya kawan-kawan. I will try my best to update more often.
Ok, lets get back to cerita ceriti ramadan. Kalau dah namanya ramadan, haruslah cerita pasal makanan. Kenapa? Sebab semangat memasak masa bulan ramadhan ni lain macam sikit auranya. Terutamanya mama aku ni ha. Hari-hari menyinsing lengan baju sebab nak memasak.
Aku? Aku rasa baru berapa kali aku tolong masak. Goreng-goreng sayur ada lah. By the time sampai rumah, aku mandi solat semua dan terus pergi ke rumah mama. Mama pulak dah siap masak dan sambut aku dengan "TADAAAAAA mama dah masak" punya gaya.
Jom tengok gaya macam mana makanan berbuka kami...
|
kau mampu? kari ayam, sambal ikan bilis kering (maisarah beli), sambal hati dan acar buah |
|
oppsss ini makanan masa sahur. ini namanya takde idea. |
|
sambal telur rebus pulak dah!!! lawan dengan buncis goreng (aku masak kau tau!), sambal hati dan acar buah |
|
ini pon makanan sahur... |
|
kalau makan kari, kena banjir camni |
|
festival nasi ayam UK yang dimasak oleh maisarah. |
|
aku memang fail bab platekan makanan ni |
|
first time acik masak caramel. nasib baik mama kata ok. |
|
ini buka puasa kat rumah kawan aku. first time in so many years mumble kat bazar. belly upon sikit, habis semua kami makan. |
|
ada 1 hari tu aku attend workshop. Dapat doorgift kurma. Menarik kan. |
Nanti entry yang lain aku akan upload lagi gambar makanan.
So far ada lah beberapa kali berbuka puasa kat luar dengan kawan-kawan, dan juga berbuka puasa event faculty. Lain-lain memang berbuka di rumah aje. Solat senang dan lepas buka puasa, boleh landing depan TV sambil habiskan longan sementara tunggu isya dan terawih.
4 comments:
Selalu lar upload entri....kak zura memang pembaca setia....hihi
@@ju terima kasih kerana sudi menjadi pembaca, kak zura...
aliaa... laaamaaaa x baca ur entry :-)
presentation makanan just to feed the eyes... yg penting sedap...sebab nk feed perut... hahahah ;-)
Selamat meneruskn ibadah di bulan ramadhan :-)
@sweet tooth saya pon lama sangat tak update blog hihi...
selamat menghabiskan ibadah berpuasa di bulan ramadhan tahun ini, kak...
Post a Comment