Bila pergi Perth ni?
20 - 28 May 2016 haritu.
Pergi sorang lagi?
Taklah, pergi bertiga kali ni.
Ooo bertiga. Sape lagi pergi?
Shah Jepun dan officemate Shah Jepun, nama dia Clare.
* * * * * * * * * *
Kekonon camtulah intro untuk entry-entry trip ke Perth haritu. Pada asal planningnya, kami patut pergi berempat. Ada Eda Jepun sekali. Tapi, Eda baru tukar kerja tempat baru dan tak boleh ambil cuti. Kesian dia, tiket flight burn. So peserta rombongan jadi 3 orang sahaja.
Actually aku tak pernah jumpa si Clare ni. Tengok gambar aje Shah kasi. Tapi aku percaya aje bila Shah kata Clare ni ok. So ok lah, I ols on aje. Sebelum pergi, kami pon tak pernah berjumpa. Aku jumpa Shah aje nak discuss pasal itenary, sewa kereta dan accomodation. Aku settlekan book accomodation. Shah settlekan book sewa kereta. Done kat situ.
Seperti biasa aku kan suka nak buat perangai packing di saat-saat genting. "Injury time" bak kata orang kampung aku. Flight kami 12.05am pada 20 May 2016, jatuh pada hari Jumaat. Maksudnya Khamis malam dah kena pergi airport. Memang kami check banyak kali tarikh ni, takut tersalah tarikh. Khamis tu aku masih pergi office seperti biasa, aku ambil cuti start hari Jumaat. Lepas habis office, aku terus balik. Singgah speedmart kat rumah beli mamee cup nak bawak. Sampai kat rumah, aku terus packing. Aku takde la gelabah sangat sebab list barang nak bawak dah ada. Actually Mamat dah keluarkan luggage seminggu sebelum tu. Aku aje yang relek relek.
yang dalam paperbag purple dan plastik merah tu barang-barang untuk Loqman |
Aku sampai airport ngam ngam Shah pon call. Kami berjumpa kat kaunter check in luggage. Lepas dah check in luggage, kami pon masuklah ke security dan immigration.
Kami masing-masing pon kelaparan. So makan nasi ayam kat food court dalam tu. Lepas makan, terus ke gate. Masa kat gate, jumpa sekali Nurin. Dia pergi ke Korea dengan kawan-kawan dia. Selfie seround dulu.
Tak lama pon kami tunggu, terus board the flight. Walaupon kami tak book seat, tapi dapat duduk seat dekat-dekat. Selang aisle aje.
Perjalanan estimated 5 jam setengah. Kami tak ambil makan pon atas flight sebab dah tau konfem nak tidur. Tapi aku kehausan towards the end of the journey. Dalam cabin kan memang udara dia dry. So aku pon pergilah tempat cabin crew sediakan makanan and all, nak beli air mineral. Tapi, cabin crew bagi aje air mineral for free kat aku. Alhamdulillah rezeki. Dalam jam 6am macam tu kami dah sampai di Perth International Airport.
Immigration sangat smooth walaupon ramai orang. Officers semua friendly. Lepas tu adegan kelakar. Lepas ambil, kami kena pergi ke laluan lain sebab memang declare bawa makanan dan rokok. Ha korang, kat immigration declaration form, kalau bawak makanan, sila declare. Bawak rokok pon declare. Apebenda bawak pon mestiiiiiii declare. Kerana apa? Kerana, dia tak pakai scanner electronic, tapi mereka ada anjing pengesan khas. So tak yah nak menjadi terel ke ape ok. Bukannya tak boleh bawak makanan, boleh aje. Janji makanan tu kering, well packed dan ada ingredient. Kalau macam kau nak bawak kari ikan dalam tupperware biasa mak kau bekalkan, tak lepas. Tapi kari ikan dalam tin atau bekas yang well sealed dan ada ingredient tepek kat luar tu, lepas. Setakat tart nenas tu takde hal lah.
Anyway, kami kena beratur lebih kurang 6 orang setiap checking. Officer akan keluarkan anjing pengesan mereka untuk hidu beg beg kita ni. Tetiba anjing tu macam nak hidu kaki aku rapat pulak dah. Aku pon macam mengelak. Sekali officer suruh aku buka backpack aku dan letak atas lantai, untuk anjing tu hidu. Ceh patutlah anjing tu dekat semacam, dia nak hidu backpack aku rupanya. Penat aku gelabah 2 saat, siap dah sepantas kilat fikir manalah nak carik tanah nak samak. Sebab last year aku tak kena camtu, maybe sebab time tu aku jalan sorang kat lorong khas tu.
Akhirnya kami pon keluarlah ke arrival hall. Takyah haraplah ada orang nak pegang sepanduk tulis nama kau Aliaa. Orang tua tu (Loqman) ialah kerja. Memang takda maknanya dia nak datang. Lagipon kami memang sewa kereta nak ambil dan pulangkan di airport tu. Senang.
Welcome to Perth International Airport |
breakfast |
book dengan AVIS |
Kami ambil dengan company AVIS. Book online, bayar kat sana. Tapi diorang tak terima cash tau, kena pakai card. Debit or credit card semua boleh, janji bukan cash. Kat sana semua tak pakai cash. Beli roti sebuku 50cent pon pakai kad.
kereta sewa kami |
kalau jalan-jalan dgn engineer memang macam ni. gambar bridge, bangunan segala semua akan snap. |
Kami terus ke Malaysia Hall, check in dengan warden Encik Irwan. Buat bayaran bilik dan terus dapat key card, terus masuk bilik. Kat Malaysia Hall payment ialah pakai cash. Aku book online, isi borang kat website dia. Tadaaaaa...
Aku bilik sorang, Shah dan Clare bilik berdua. Toilet pon depan bilik aje. Aku mandi, bersiap semua dan off we go jalan-jalan to explore the city. Kereta kami park kat tepi Malaysia Hall tu. Parking kena ubah every 2 hours. So kami ada 2 jam nak pergi lunch dan jalan-jalan. Lepas tu ke tempat lain.
tak sure shah nak mengeliat ke apebenda |
Oleh kerana kami lapar, so kami cari tempat makan dulu. Kat Perth city centre tu tak susah nak cari makanan halal. Kedai masakan melayu ada 2 biji tapi kami opt for makan burger. Amekkaw burger besar gila. Aku makan separuh aje. Lagi separuh simpan makan dinner.
Lepas makan, kami jalan-jalan sekitar town aje. Layan live band lah dan tengok dau-daun bertukar warna. Oh I love autumn!
Settle jalan-jalan, kami kena alihkan kereta. So decided untuk jalan-jalan lah. Kami ke Elizabeth Quay, nak tengok bell tower yang baru siap tu. Cuaca cantik sangattttt. Semua gambar tak edit tau, original. Kami jalan-jalan sekitar Quay tu, round satu tempat tu.
bell tower |
suka nak snap gambar aku yang tak ready lagi |
tabah sangat nak ambil gambar |
Puas berjalan, snap gambar, selfie sana sini, kami pon decide nak mengopi. So kami on navigation dalam kereta dan randomly pilih kedai kopi. Lepas dah park kat kawasan parking, jalan punya jalan nak cari kedai kopi tu, sekali kedai kopi tu tutup lah pulakkk.
kecewa kedai kopi tutup |
Lepas dah kecewa, tetiba cousin Clare call dan kata dia dah habis kerja, bolehlah jumpa dia. So kami pon pergilah jemput Danny (cousin Clare) kat rumah dia dan pergi mall yang berhampiran. Ha, mall dia kau jangan nak imagine macam Alamanda ok, jauh sekali IOI City Mall tu. Dia saiz macam Tesco / Giant tu. Konsep pon sama, ada banyak kedai dalam tu dan ada 1 supermarket. So kami duduk minum borak kat The Coffee Club Cafe dan shopping souvenir chocolate nak bawak balik kat Coles supermarket.
iced cafe lattee lah |
chocolate nak bawa balik |
Sebab kan autumn, so malam pon cepat. Dan kat sini seperti biasa pukul 6pm supermarket dah tutup, tapi ada yang buka sampai lewat malam. Lepas dah beli coklat kat Coles, kami pon balik ke Malaysia Hall. Aku habiskan burger aku tadi sementara bebudak lelaki tu mandi. Dia sebab Jumaat malam so kedai-kedai pon tutup lewat kat city tu. Kami pon decide nak keluar jalan-jalan. Shah dan Clare dinner burger dan fries. Aku kekenyangan makan burger.
Lepas lepak makan dan people watching, kami pon jalan-jalan sekitar city centre.
jangan risau, kali ni tak beli sebiji pon. |
Penat berjalan, kami pon balik bilik untuk tidur. Esok pepagi nak pergi visit baby Bobo dan Dila. Sebelum tu, duk snap gambar coklat hantar kat mother.
ini Alina Jepun kirim |
sangat susah nak jumpa kat malaysia |
Balik bilik, gosok gigi semua dan tidur.
Esok Day 2 #aliaagoesdownunder2016
8 comments:
kak alya, nk ikut please next trip to Perth.. :)
awattt nama depa ada jepunnn ?
@ANR tak sure bila nak pergi lagi. kalau ke oz, next plan nak ke tasmania...
@aliya atina sebab kenal diorang masa trip ke Jepun last year. hehehe
tasmania means singgah melbourne kan? omg nak join pleaseeeee. rindu melbourne yang best tu. :)
@ANR dalam perancangan lagi, tak sure bila nak pergi. tapi memang nak pergi tassie tu...
salam, sy sufi. sy dok bc blog alia utk preparation sy nk ke perth mac thn dpn. nak tnye berkenaan malaysia hall perth sbb alia stay kat sne kn?
ap utilities yga ad di malaysia hall? n sesuai x klo family stay di sana? tx in advance, salam...
@Sufia Sufian Salam Sufi. Yup dua kali ke Perth, dua kali saya stay kat Malaysian Hall. Kalau dengan family, diorang akan kasi family room. Kalau ramai diorang akan asingkan bilik. Kalau tak salah maximum 4 orang sebilik, tapi bergantung kepada availability. Basic facilities semua ada. Ada dining hall n kitchen area - boleh guna microwave, kettle dan bread toaster. Cuma tak boleh memasak guna dapur. Then ada laundry room, pakai coins. Ada iron dan iron board, heater untuk bilik. Toilet di luar, shared. Facilities lain seperti apa?
Salam.
Post a Comment