Thursday, July 21, 2016

Diving Perhentian 2016 : Day 1 : TBS, Kuala Besut, Perhenti, Shore Dive

Ini nak cerita pasal diving trip yang pergi bulan april haritu. Kali ni ke Pulau Perhenti. Sebelum ke pulau, kami join buat buoyancy training kat Akuatik Shah Alam dulu. Join sekali dengan student yang nak buat open water (OW) licence. Kami (aku, Eda dan Wirda) kali ni ambil Advanced Open Water (AOW) licence.

Seminggu sebelum tu, kami yang nak ambil AOW ni  join sekali dengan geng OW masuk pool. Takut terlupa cemana nak bernafas dalam air. Seperti biasa, tempatnya di Pusat Akuatik Shah Alam.




aifa, geng hiking. pon dan terjebak.

intro cemana nak pakai BCD

amir pon geng hiking. kak niza x-officemate






Seperti biasa, lepas dah habis pool training, kami makan kat Nasi Ayam Pak Mal kat Seksyen 10.

Hari yang ditunggu telah tiba. Untuk ke Kuala Besut, ada geng yang naik bas dari TBS dan ada geng yang drive ke sana. Aku join geng naik bas. Tak mampu kau nak drive kereta. Tak larat. Dengan fractured tail bone nya lagi ni, mane boleh duduk statik dalam tempoh masa yang lama.

So, 15 April 2016, balik dari office, aku kemas-kemas barang dan terus bergerak. Ambil Kak Niza di rumah dia dan terus ke TBS. Kami parking aje kat TBS, ratenya sehari RM4. Kami jumpa dengan Amir, dinner sekali kat KFC. Lepas tu barulah jumpa geng naik bas yang lain. Bas bertolak ke Kuala Besut jam 10 malam. Berhenti sekali kat area Gua Musang.

kapten amir dan osprey-osprey nya

cikgu rahim, amir dan abg mie. belek belek regulator baru amir.

Dalam bas aku tidur bangun tidur lah jugak. Tapi bas selesa. Nasib baik bawak jaket, kalau tak konfem kesejukan. Kami sampai kat Jeti Kuala Besut jam 6.30pagi. Terus pergi ke masjid, solat dan pergi tandas. Lepas tu terus ke gerai makan berhampiran untuk breakfast. Masa tu jumpa sekali geng drive kereta. Diorang dah sampai semalam lagi, tidur kat hotel kat situ. Breakfast memang power. Murah pulak tu. Rasa lapar pulak tengok balik gambar ni. Nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak, semua ada.




Lepas breakfast, kami lepak lepak aje kat jeti. Sambil borak-borak, sambil ambil gambar, sambil minum lagi second round. Bot ke pulau pukul 10pagi.


eda, wirda, wawa dan aku







Kat Pulau Perhentian tu, kami duduk di Coral View. Sebab coral view tu cetek, bot besar tak boleh masuk situ. So dari bot besar pindah ke bot kecik, barulah boleh sampai ke resort.



Sampai kat resort, awal sangat dan hanya boleh cek in pukul 2pm. So kami pun lepak-lepak borak, minum-minum. Then kami decide nak lunch terus lepas tu barulah masuk bilik.

jerebu sikit




Setiap bilik share 3 orang. Kami yang perempuan memang ngam lah, 3 orang buat AOW dan 3 orang buat OW. So ngam ngam. Yang lelaki campur semua ada.

osprey eda dah tergolek, osprey wirda dah terbukak




Yang OW buat shore dive dulu. Sejam lepas tu barulah geng AOW buat shore dive. Layanlah gambar kami yang perasan memanjang ni.

our first shore dive























First shore dive ni tak berapa nak deep, dalam 5-6m sahaja. Kebetulan ombak sangat kuat so visibility underwater dalam 3-4 meter sahaja. Ikan pon tak banyak, ada ikan-ikan kecik je. Kali ni ladang ikan bilis pon tak jumpa.

Malam tu kami dinner masak sendiri. Kami bawa stove dan periuk semua. Masak maggie, goreng sosej, dan buat air kopi. Cikgu siap bawa nasi impit lagi.

Esoknya kami sambung lagi 3 dive.

0 comments: