Masak dan makan breakfast light aje since nak pergi open house tengah hari nanti. Buat french toast letak cheese.
Dalam pukul 12pm macam tu aku bergerak keluar. Singgah kedai belikan sayur untuk mama sebab mama puasa, nak masak untuk berbuka nanti. Then terus ke Shah Alam, rumah Kak Nora. Kak Nora ni kawan PBSM UiTM. Majlisnya open house / birthday anak pertama / aqiqah anak kedua. Aku tak sempat nak ambil gambar makanan bila nampak kabing golek. Jumpa sekali dengan Ayoi kat rumah Kak Nora.
Terus ke Wangsa Melawati, rumah kedua. Majlis akad nikah, dua-dua pengantin ni x-student IUKL aku. Majlis combine jugak, open house dan majlis akad nikah. Congratulations korang.
Kau mampu, barang hantaran hardware set dan lego?
Lepas tu jumpa si Eda. Kalau dah kat area tu, wajiblah mengopi kat Espresso Lab.
Sampai rumah balik dalam pukul 9pm, jalan agak sesak atas MRR2 tapi masih bergerak. Pulaknya hujan lebat so tak drive laju-laju (trauma accident kena langgar haritu all the time kalau drive masa hujan).
Kat rumah, mandi, solat, dan iron baju nak pakai esoknya. Hari Ahad perjalanan jauh lagi. Oleh kerana perjalanan jauh, kita kena breakfast power. Makan laksam kat Restoran Belauk, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
Ahli rombongan ialah geng PBSM UiTM juga. Kami ke Hutan Melintang, Bagan Datoh, Perak.
Tiqa, Wawa, Ili, Me |
Ini majlis combine jugak. Aqiqah, cukur jambul dan open house raya keluarga Mai. Mai bersalin malam 1 Ramadhan haritu. Comelnya baby Mirza. Makan nasi minyak lauk ayam masak merah, kurma kambing aqiqah, dalca, etc, pulut kuning, tapai pulut, banyak lagi lah. fuhhh sedap.
Dalam perjalanan balik tu pon menyinggah membeli macam-macam. Jus mangga segar, coconut shake Pasir Penambang, Karipap king kong dan cendol bakar.
Seronoknya nya road trip raya-makan-makan ni. Perut kenyang, settle segala cerita ceriti, Maklumlah, lama tak gather-gather.
2 comments:
Lamanya akak x mkn laksam...
@sweet tooth saya kalau datang kedai ni, memang makan laksam je kak. lain-lain memang dah tak nampak dah.
Post a Comment