Oleh kerana my travel buddy dah terjumpa blog ni dan katanya tak sabar nak baca entry-entry Perth yang seterusnya, maka acik pon bertabah untuk update blog.
Hari ke-2 kami di bumi Perth telah disambut dengan hujan yang mencurah-curah di pagi subuh sepi-i. Clare kata nak jogging. Tapi kata tinggal kata aje lah bila hujan renyai-renyai manja. Baik tarik selimut katanya. Eh, tak. Itu aku yang tambah. hahaha. Pepagi tu, Bobo dan tulis kat FB dia, katanya ada nasi lemak menanti kami di rumahnya. Dila, wife bobo, baru sahaja bersalin. Aku propose kat Shah dan Clare untuk pergi visit baby mereka. Diorang kata, "let's do this!". So lepas semorang dah siap, kami pon bertolak ke Orelia.
Perjalanan ke Orelia lebih kurang 40 minit dari Perth. Perjalanan agak slow ditambah pulak dengan hujan dan angin yang kuat. Masa nak dekat sampai rumah Bobo tu memang ala-ala ribut suasananya. Sampai aje kat rumah Bobo, terus tengok baby, salam peluk cium mummy Bobo dan mak Dila pun ada sekali. Wah, bestnya. Lepas tu nasi lemak ayam goreng dah terhidang. Memang langkah kanan lah kami semua. Makan nasi lemak bertambah. Pulaknya ada pengat pisang pemanis mulut. Fuhhh kekenyangan. Kebetulan kawan college Bobo pon tengah cuti-cuti di Perth dan visit baby sekali. So ramailah kami di rumah Bobo.
Clare dan prop berpisah tiada |
baby Dayyan Aizz |
ini anak kawan Bobo |
Depan rumah parents Bobo. |
Lepas dah borak-borak sakan, kami pon minta diri nak ke Watertown. Haaaa ini ialah factory outlet. Barang-barang semua discount kaw kaw. Cuma ada yang outseasoned sikit. Tapi macam aku konsepnya belasah aje. Season in ke out, kalau dah nak tu, memang nak lah.
sebelum masuk menjelajah watertown |
tunggu clare try kasut |
Kami tak shopping pun, plan asal nak aim dulu ape nak beli then nanti towards the end of the travelling journey barulah nak membeli. Just in case nak pakai duit for emergency ke kan.
Betullah orang cakap. Bila sejuk ni cepat lapar. So kami pon berhenti lunch kat kedai ni. Order macam murtabak daging ke lebih kurang camtulah konsep dia. Halal you all.
nama kedai dia Nenem |
perah lemon, sedap weiii |
Lepas makan, nak cari kopi pulak. Jalan punya jalan, kiosk kedai kopi ni memang menarik perhatian kitorang. Mula-mula buat-buat duduk depan kiosk. Ambil gambar seround dua. Then barulah order kopi.
berlakon aje ni |
with the baristas and owners of Ox and Rabbit Perth (visit their IG) |
Lepas dah habis minum tu, releks aje si Shah mem"mate" kan barista dan owner coffee shop ni untuk ambil gambar dengan kitorang. Diorang memang sporting lah.
By the way kat Oz ni memang panggil orang biasanya "mate". Memanglah kita Malaysia kan, tapi takkan lah dah pergi Perth ni nak meng"oi" kan orang seperti di negara sendiri. Karang dia "oi" kan ko balik karang, tanjat boboy pulak. Hahaha. Aku rasa negara omputih biasa cenggini ye tak.
Haaaaa ini ada cerita...
Misi negara ke Everest 2020 |
Biasalah, caption gambar aku mestilah over. Sebenarnya dah masuk kedai Kathmandu ni masa awal-awal masuk Watertown ni. Belek punya belek barang, aku terpikat kat tikat piknik ni. Base dia plastik yang tak serap air punya, lapik dia ialah macam kain fleece yang selesa tu, tapi bukan jenis trap air ke apa. Harga original AUD50. Lepas discount AUD15. Tapi aku tak terus beli. Aku keluar kedai dan sambung jalan-jalan. Tengah jalan-jalan tu asyiklahhhh terfikir tikar ni. Kalau tak beli, rugi. Dahla ringan gila, terus aku terbayang tepi air terjun. Terus aku cakap kat Shah, "sebelum balik kita singgah balik kedai Kathmandu ek. Asyik teringat tikar tadilah". So, itulah yang aku beli kat Watertown... Sekian...
Sekian cerita tikar aje. Entry ni belum sekian lagi. So, lepas dah bersejuk-sejuk kat watertown tu sebab hujan-renyai-berhenti-hujan lagi, kami pon decide nak bergerak lah. Oleh kerana cuaca pon gloomy, segloomy England almost sepanjang tahun, kami pun decide nak pergi "ngeteh" dengan Loqman. Orang tua tu dah habis kerja katanya. Memula nak jumpa kat mall kat area Victoria park, tapi mall kan tutup jam 5pm, kami sampai lewat sikit, so teruslah kami ke San Churros kat Victoria Park.
nampak cameo kat belakang? |
San Churros ni kiranya kedai yang wajib pergi makan Churros kat Oz ni. Last year aku layan set churros yang single, sorang-sorang. Makan sorang takde masalah, yang jadi masalah bila portion besar gila yang kau tak boleh nak habiskan sorang. Walaupun perut aku tebal berlipat tiga, serious wei portion dia besar. So kami order set churros untuk 2 orang dan aku seperti biasa mestilah nak ice cream, walaupon sejuk gilo.
cuba teka prop Clare ape? |
Order seafood sondubu chiggae dan pajeon. Fuhhhh panas aje tekak bila hirup chiggage pedas.
Lepas makan dan borak-borak, kami pun decide nak balik lah. Memula plan nak tengok wayang, tapi rasanya ada potensi besar untuk tidur dalam panggung. So kami pun decide untuk balik...
The next day, another adventure awaits us.
0 comments:
Post a Comment