Aku tak kira, nak cerita jugak walaupon raya dah habis Sabtu kelmarin.
Hari khamis 2 weeks ago kan kawan-kawan soup kitchen datang beraya malam. So dah alang-alang aku ajak je officemate datang lunch on that Friday. Officemate perempuan je. Sebab orang lelaki kena pergi solat jumaat. hehehe...
Adegan agak kelam kabut pagi tu sebab bila aku siap aje buat white sauce untuk pasta baked aku dan siap aje rebus pasta nya, gas pon habis. haaaaaa amekkaw... tapi lepas tu aku just proceed aje buat pasta baked memikirkan nanti nak pakai gas untuk goreng ayam drummet ayamas dan ramlee aje. So aku just proceed assemble 4 tray pasta baked. Nasib baik red sauce aku dah buat malam sebelumnya sekali dengan buat hidangan kawan-kawan soup kitchen tu.
Lepas tu aku pergi office macam biasa. Aku balik dari office awal sikit dari lunch time nak settlekan hal gas. Aku dah call petronas pagi tu, tapi diorang hanya boleh buat delivery gas lepas jam 4 petang. So sebelum sampai rumah, aku singgah lah kedai runcit kat area rumah aku tu. 3 kedai runcit aku pergi, tiga-tiga takde delivery. Kena buat manual lah nampaknya. So aku cepat-cepat balik rumah, ambik tong gas, masukkan dalam kereta dan pergi kedai. Beli gas tukar tong, then balik ke rumah. Aku seret/golek aje tong gas yang berisi tu. Tak larat nak angkut. Tapi kiranya kuat jugak aku kan. Hahahaha ok perasan.
Aku pasang aje gas, terus letak kuali dan minyak. Nak goreng drummet. Pasta baked 2 tray aku dah masukkan dalam oven dan on terus.
Sempat lah 1 round pasta baked siap masak dan 3 round goreng drummet sebelum first tetamu sampai. So just nice aje lah. In the mean time aku siapkan potato salad dan keluarkan salad. Nasib baik potato dah siap rebus semalamnya dan salad dan siap basuh semua. Buah pon dah siap potong so tinggal keluarkan dari fridge dan letak atas meja. Pinggan dan cawan pakai polisterin aje, sebab tak cukup yang aku punya stok. Maklumlah, rumah orang belum berkeluarga. Heheheeeee...
Oleh kerana masih busy continue goreng drummet dan masukkan lagi 2 tray pasta baked untuk dibakar, gambar ape semua makanan tak sempat snap.
Gambar ni aje yang ada. Itu pon dari phone member.
Alhamdulillah semorang makan kenyang-kenyang dan bagi bungkus sekali untuk yang tak dapat datang.
Ada rezeki, insyaAllah tahun depan boleh buat lagi.
Just nice aje timing, pukul 2pm camtu semorang dah balik. Aku pon siap-siap dan balik office. So memang sesuai lah waktu lunch hour hari Jumaat tu.
Thank you so much for coming...
3 comments:
seronok masak bila ada org nk abiskan kan :-)
@sweet tooth betul.. tapau menapau adalah sesi paling best...
wahh sonoknyer uoolsd., manis2 belaka ;p
Post a Comment