sampai je office, kelentung kelentang (bukan memasak ya), pergi cafe. cari nescafe dan breakfast. hailahhhh masih tak boleh nak cari pengganti nescafe. biasanya aku akan bawak kopi 3 in 1 yang CF by kim tae hee dari korea tu. tapi pagi ni terlupa, nak cepat sangat pergi cafe. cet.
tengah makan sambil borak dengan kakak-kakak fakulti sebelah, hujan turun... sejuk sikit pagi ni. sejuk sejuk pon, kelas mestilah kena proceed. tapinya harini takde kelas. so bolehlah siapkan mengarang thesis dan menyiapkan soalan final exam.
hujan ni boleh kasi kegembiraan dan kegusaran. semalam terbaca kat FB raja shamri, dia dah start risau bila almost everyday dah start hujan. maksudnya musim hujan-hujan dah akan tiba. kerisauan dia sebab yang third force bantuan di kelantan tak habis settle lagi siapkan rumah dan supply barang-barang yang diperlukan untuk mangsa banjir tahun lepas. dan memang merisaukan bila hujan-hujan ni start menjadi kerap. kita kena sentiasa doa agar mereka yang membantu tak putus-putus ni dipermudahkan urusan dan mangsa cepat dapat bantuan dan teruskan kehidupan seperti biasa. insyaAllah.
hujan juga, maksudnya laut akan bergelora. aku ada plan nak pergi ambil diving course. tapi of course lah kena ikut jadual yang disediakan oleh jurulatih, yang follow pasang surut laut. deep sea katanya, haruslah kena consider itu semua. harapnya dapat tarikh yang dipilih. alamak, tapi tak bagitau mother lagi. tapi takpe, mother baca blog aku ni so... motherrrrr saya nak pergi ambil diving course, tapi tarikh belum confirm. opocot!
hujan pagi ni, nasib baik aku tak de siap baju kat balcony. memang plan nak basuh baju malam ni. memang lah perangai aku suka basuh dan sidai baju ikut suka hati bila nak basuh dan sidai. kalau ala-ala nak basuh tengah malam, lepas siap je terus aku jemur. orang jemur kat matahari, aku jemur kat bulan. pon boleh, dilema wanita bekerjaya. yeke? nasib baik aku rajin sikit lah basuh sendiri dan sidai sendiri. kalau aku malas, maybe aku akan buat lawatan ke dobi DIY je nanti. dah ada 3 bijik dobi DIY kat area rumah aku tu. pilih je mana nak.
bagus jugak hujan pagi ni. semalam aku terlupa nak siram pokok aku. harapnya dapatlah pokok aku tu air sikit dari air hujan. dasar pelupa dan pemalas tapi nak ada pokok. cet.
4 comments:
err... sama la.. basuh baju memang ikut dan... selalunya memang waktu malam pon...sebab budget nak rehat2 waktu weekend. ehheheh...
mother kata 'kureh, jadi diver uri tael' chareso. phd otukeh?mullah?
@sweet tooth betul, weekend ialah untuk sleep in so basuh dan sidai jumaat malam. hehehe
@drnotts phd chigum-yo. diving licence in september insyaAllah.
Post a Comment