Wednesday, August 5, 2015

Musim nyamuk

Seminggu dua kebelakangan ni, teruk aku kena gigit nyamuk. Paling tak boleh belah, sambil tidur sambil menggaru. Esok pagi, dah berkesan kat kulit. 

Paling tak boleh belah, kena gigit kat kaki je. Ke tu nasib baik? Tapi part kena gigit kat tapak kaki yang paling tak tahan. Rasa nak garu dengan berus sabut. 

Aku tak sure aku duk kena gigit nyamuk kat office ke kat rumah. Dua-dua tempat dah lama takde aktiviti fogging. 

Ubat nyamuk jangan cakaplah. Kalau kat rumah, tak cukup dengan ubat nyamuk letrek, spray nyamuk pon aku guna. Ada 1 malam tu sampai aku letak spray sebelah katil aku. Macam teruk sangat aktiviti kena gigit ngamuk. Paling menyampah, bila dia terbang kat tepi telinga. Dengar pulak tu. Takkan nak spray telinga lak kan. 

Akhirnya, aku beli bende alah yg bau serai wangi tu. warna hijau bekas dia. 

Kalau kat office tu, aku letak kat bahagian kaki. Kalau kat rumah, aku letak kat ruang tamu, dapur dan bilik aku. Of course ubat nyamuk masih on seperti biasa. 

Nyamuk yang gigit aku ni aku tak sure jenis ape, sebab bila kena gigit, gatal dia tu berhari jugak penangan dia. Aku letak cream gamat lah, kasi kaki sejuk lah. Akhirnya aku beli......


Mopiko!!!

Serius hilang gatal. Kena rajin sapu lah sampai hilang kesab gigitan nyamuk tu. 

Aku seriauuu je kes kes nyamuk ni. Mohon dijauhkan benda pelik-pelik. Amin. InsyaAllah. 

2 comments:

sweet tooth said...

nyamuk mmg suka terbang kat telinga kan... bingit betui bunyi dia...

aliaaroslan said...

@sweet tooth aah, pastu rasa annoying betul kan, tak boleh tidur jadinya.