Thursday, June 11, 2015

Survey camp June 2015

Fiuhhh lega dah habis survey camp. Kali ni buat kat Jalan Semabok, Melaka. Site kali ni best, tak terlalu jauh dari tempat tinggal. Tapi, Melaka being Melaka, haruslah panas tahap dewa. 

10 hari rasa macam cepat je berlalu... Ape yang jadi?

Site recce. Kena lukiskan untuk kasi rough estimation site area untuk setiap group. Luas kawasan setiap kumpulan lebih kurang 150 meter X 400 meter. Sketch bawah ni mestilah bukan aku yang lukis. 


Ada hari yang student progress ok, lari kejap pergi cari kuih keria antarabangsa kat Limbongan dan lajak ke depan sikit cari Klebang coconut shake. 



First time try makan kat kedai kuih kampong Ujung Pasir. Hampir semua kuih melayu ada. Sedap gila rupanya. So kami repeat makan kat situ beberapa kali. 


Dan jugak repeat Old town white coffee grand. Lepak seketika...


Di hari panas pun masih ku gagahkan jua untuk round tengok student di site. From time to time kena monitor diorang dan settlekan masalah or betulkan mistake yang diorang buat. 


Ada sekali tu makanan lunch untuk student dah habis, ada lagi beberapa student yang belum makan lagi. Semua kelaparan penat buat kerja barangkali. So kami kasi makanan bahagian kami dan kami pergi layan asam pedas kat kedai kuih kampung tu. Sedap you all!!!



Tinjauan kat site kadang-kadang menarik. Ada masanya yang rasa proud dengan diri sendiri sebab bila tengok student kat site, diorang boleh buat kerja survey dengan baik dan boleh buat decision yang baik. 




Hari yang ditunggu-tunggu... Presentation... Semua group present dengan baik sekali. Ada yang siap iron baju, pastu pakai full kemeja, slack n student card lagi. Baju kurung pon ada!







Semalam last dinner, buat barbecue. 






Pagi tadi kemas barang, pack dan settlekan check out semua. Sempat lagi bergambar bersama peminat hahahhahaha...


Ok, esok lusa nak cuti. 

And, esok nak tengok Jurassic world dengan Alim dan mother. Yahooo...

2 comments:

SueGinola said...

Ingatkan weeekend aritu nak gi melaka layan JJCM tapi takde rezeki pulak..lepas rayalah nampaknya...
Melaka food diorang memang awesome kan??i loikee!!...

p.s.: Cekgu dengan anak-anak murid nampak sebaya sangat..hehehe...

aliaaroslan said...

@SueGinola nampak sebaya adalah kerana faktor kurang ketinggian. hahahaha...

Melaka ialah memang semua ceruk ada makanan best best.. mesti try ok!