Tuesday, April 21, 2015

2 - Japan : Nipponbashi, Miyaguchi Island, Hiroshima, Dotunbori

Hari ke-2 di Japan, kami decide untuk round area Hiroshima. Plannya nak ke Miyaguchi Island dan Hiroshima Atomic Bomb area, last sekali round pekan Hiroshima, then balik.

Dari apartment di Nipponbashi, kami naik metro ke Shin Osaka. Reserve ticket dan naik shinkansen ke Hiroshima. Oleh kerana kami akan naik turun metro juga, kami beli one day metro pass untuk guna Nipponbashi - Shin Osaka. Memang jimat di situ.

1 day ticket metro

tempat sangkut jacket dan tray makan

Perjalanan dari Shin Osaka ke Hiroshima adalah sejam (tak perlu tukar shinkansen). Akhirnya kami sampailah di Hiroshima, the historical city of Japan.



Dari station Hiroshima, kami ke Miyaguchi Island dulu, perlu naik metro ke Miyaguchi station. Sebelum tu dah tanya dan confirmkan dengan orang station metro tu. They were so helpful.

Tapi sebab tak berapa nak confident dan takde tulisan rumi dalam train, kami macam confuse adakah kami naik train yang betul. Half-way kami turun di salah satu station untuk tanya. Dan of course kami naik train yang betul. cuma ada beberapa station lagi untuk sampai di Miyaguchi station tu.

berhenti di station ni untuk tanya sama ada betul ke kami naik train yang betul


lakonan lagi

Sampai aje di Miyaguchi station, kami turun dan follow aje sigh board Miyaguchi Island. Kena naik ferry nak ke island tu. Ferry ni under JR Line jugak so just tunjuk kami punya JR pass tu dan terus aje naik ferry tu.


macam kartun Mulan pon ada

surveyor dan map tidak boleh dipisahkan

Cuaca memang nampak cerah tapi serius angin dia menusuk masuk di celah-celah jahitan jeket. Hahahaha, memang sejuk. Towards tengah hari barulah tak berapa sejuk.

Rupa ferry dia macam yang kita naik kalau nak seberang ke Nami Island. dalam 15 minit jugak ferry dia.


aku nak selfie dengan pagar oren belakang nun jauh sayup-sayup tu tapi these girls sporting gila terus tunjuk peace sambil aku snap

Kami telah tersalah langkah dengan naik ke dock atas sekali ferry tu. Amekkaw!!! serius sejuk gilos. Tapi, sesi penggambaran haruslah diteruskan.

memang tak rasa muka wei, sejuks


Sampai aje kat island, terus beli sotong bakor dulu. dasar pemakan, haruslah memenuhi hajat perut dulu kan.


ni la kedai sotong bakor tu. ada jugak dia jual jagung.

tiba-tiba jumpa sighboard ni. sebagai surveyor yang berjaya (ke?) haruslah selfie bersama.

beli ice cream green tea pulak. aku tak minat sangat so jadi tukang ambil gambar je

anak-anak sapa la ni. retaining wall pon jadi tempat main.

cuaca sangat cantik. masa ni dah start panas sikit.

by the way memang banyak rusa kat sekeliling island tu


gambar ni auto-captured by go pro

kitorand selfie sebenarnya. ahahah


cantik kan













 
Kitorang jalan sampai ke hujung island tu sebab nak bergambar dan tengok floating gate of Miyaguchi Shrine ni. Ini adalah 1/3 daripada must visit place di Japan.


floating gate ni sangat famous, sebab kalau air surut, kita boleh pergi sampai gate tu, kalau air pasang, dia jadi floating macam ni...


masa on the way jalan kaki nak balik ke jeti, terjumpa samurai. rasanya ni askar samurai.

ha, sape nak sewa pakai baju samurai, boleh.

aku kan penakut, mane nak pegang. ni action je.
Masa dah jalan balik ke jetty untuk naik ferry balik ke main land, aku dan nurin terpisah dengan Siti, Eda dan Shah. Kami ingatkan diorang singgah kedai beli souvenir. So kami pon releks-releks aje lah jalan sambil ambil gambar.





 agak lama jugak kami tunggu. Bila diorang sampai, baru dapat tau yang diorang ikut jalan balik yang lain. Ala-ala the other route. Takpe, janji jumpa balik. Then kami naik ferry balik ke main land, dan naik train balik ke Hiroshima station.

kaki nak tercabut, slumber duduk atas lantai

Sampai di Hiroshima station, kami terus ambil tram ke Hiroshima Atomic Bomb site. Tempat ni adalah main point yang kena bomb tu. Tapi tempat tu under maintenance. So ada banyak holding sekeliling bangunan tu. Kiranya bangunan ni the only standing building waktu kejadian tu.

Kat sini, kami duduk lepas kejap sambil Siti dengan Shah sapu yoko-yoko kat kaki masing-masing. Tersalah bawa dan pakai kasut, memang akan effect kalau jalan banyak-banyak.

ni lah bangunan yang tertinggal tu, yang lain hancur lebur jadi abu

under maintenance




Lepas tu kami jalan lagi nak pergi ke muzium memperingati kejadian bombing tu. Tetiba ada perarakan kat tengah jalan. Tak sure untuk apa, yang konfem bukan tunjuk perasaan sebab ada bunga bagai semua.







Ini macam tugu peringatan

kawasan sekitar memang cantik




tak sia-sia bawak go pro. set auto capture setiap 5 saat, ada moment yang kitorang miss tapi go pro dapat capture. best!

belakang yang panjang melintang tu muzium memperingati kejadian bomb


tiken masuk 50yen sahaja
suasana dalam muzium tu aku boleh cakap memang pilu. dengan muzik nya, dengan pengunjung jepun yang sambil tengok sambil nangis nya.





nak bergambar sambil senyum sungguh-sungguh pon rasa segan. belakang tu 3D model keadaan bandar Hiroshima masa kejadian


Settle round muzium, kami solat kat park luar muzium tu. Lepas tu sambung lagi ambil gambar.





Lepas tu kami naik balik tram dan berhenti di bandar Hiroshima. Misi utama nak cari kasut Siti dan Shah. Pastu Eda terjebak beli sekali. Takpe, holiday katanya.


tiba-tiba terjumpa Lotteria
Kami singgah Starbucks, Shah dan Eda beli kopi masing-masing.

Eda dapat cawan yang tulis nama dia dalam Japanese. Pastu Shah macam loading, jeles pon ada gak. hahaha

Siti lega dapat kasut baru. yey!

Nurin pergi mana entah tu?
Kami naik balik tram, pergi balik Hiroshima train station. Reserve teket Shinkansen nak balik Shin-Osaka. Sambil tu beli dinner masing-masing untuk makan atas train. Maklumlah, seharian berjalan tak hengat dunia sampaikan lupa nak makan.

mine. sedap gilos kot.

nampak muka nikmat nurin tu

atuk kat sebelah tu tak peduli pon
sampai kat Shin Osaka dapat bergambar dengan kepala shinkansen

Dari Shin Osaka kami naik metro balik ke Nipponbashi. Lepas tu plan nak dinner kat Dotunburi, cari jalan sampai sesat barat. Hadoi.... Siap salah masuk lorong berapa kali entah.

Sekali, bila dah sampai, nak lah beli takoyaki. Femes katanya. Lepas tu slumber order takoyaki 15 ketul, dah tunjuk kat menu nak prawn - 8, squid - 7 (total 15 kan?).

Pastu orang tu tunjuk harga 5000++yen. Eda slumber cakap "takpe Aliaa, Eda belanja, 15 ringgit je". Aku cakap "15 ringgit apebende nye Eda, ni 150 ringgit kot". Rupanyaaaaaaaaaaaaaa kami tersalah order. Total banyak tu sebab takoyaki 15 ketul, prawn tempura 8 ketul dan squid tempura 7 ketul. yang squid dan prawn tu harga asing-asing, takde pakej, so totalnya 5000++yen. Lepas tu kami gelak sakan laaaaaaaa tersalah order. Sudahnya, dinner makan aje bende mahal tu. Hahahaha. Kenyang pon kenyang, kelakar pon kelakar. Memang jadi bahan sampai sekarang bende alah ni.

ni la kedai kejadian tu. boleh senyum lagi time ni sebab belum dapat harga lagi. hahahaha
siap tapau balik lagi takoyaki sebab tak habis.
Pergh, memang adventures la second day. Dengan takoyaki 150ringgit nya, tak confident naik train dan turun naik kat station tengah-tengah, main dengan rusa lagi, tengok kesan bom lagi. 
Best best best!!!


2 comments:

SueGinola said...

Best...best...besttt!!....

Semalam tengok Shinkansen kat Majalah 3 terus teringat Aliaa...tapi nak WA maluuu...hihihii....

Yang takoyaki mahal tu memang bayar RM150 ke??mahalnyaaaaa

aliaaroslan said...

@SueGinola Ler nape tak whatsapp je... saya pun tak sempat tengok, balik lambat dari kelas zumba... RM150 tu takoyaki + prawn n squid tempura...