Wednesday, April 15, 2015

1 - Japan : Departing and Arriving (KUL-NRT) and first day





Lepas sebulan balik dari Japan, barulah aku nak menulis mengenai trip ke Japan 6-15 March 2015 yang lalu. Planningnya dari tahun lepas. Kami beli tiket bulan October 2014. Tapi sebelum tu dah discuss banyak kali tarikh yang sesuai nak pergi.

Trip kali ni aku pergi dengan kawan-kawan, 5 orang in total. Sorang tu my x-student dari IUKL ni, Nurin. Lagi tiga orang tu classmate masters Nurin, Eda, Siti dan Shah. Discuss punya discuss, akhirnya kami agree nak pergi tarikh ni, lepas consider class timetable diorang, jadual kerja diorang dan jadual kerja aku.

Setelah hanya berbual through Whatsapp, akhirnya kami agree nak jumpa sebelum pergi. Nak lunch sama-sama, beli Japan Rail Pass dan book accomodation.

Eda, Shah, Nur (adik nurin - tak ikut), Nurin, aku.
Masa bulan February 2015 kami berjumpa di KLCC, lunch di Sushi King. Ambil aura katanya. Lepas tu pergi di tingkat atas sekali Isetan, dan ke kaunter Japan Tourist Information counter. Kami beli Japan Rail Pass yang valid for 7 days (Price : RM905++ per person). Untuk beli Japan Rail Pass ni kena bawa passport ya, sebab dia akan print tiket kita atas nama mengikut passport. Nanti bila dah sampai di Airport di Japan, bolehlah tukarkan untuk dapatkan pass di sana. Japan Rail pass ni hanya untuk tourist sahaja, dan sangat worth sebab jadikan cost perjalanan murah. Kalau local people kena beli tiket macam biasa dan kadang tu harganya sangat over dari yang beli pass ni. Dengan Japan Rail Pass ni boleh naik semua Shinkansen (buller train) ke seluruh Japan, dan semua train biasa (metro / subway) yang under JR Line, valid untuk 7 hari.

Lepas dan beli Japan Rail Pass tu, kami pergi ngopi di Coffee Beans sambil survey dan book accomodation. Kami stay 4 malam di Osaka dan 3 malam di Tokyo. Dah settle booking semua, kami pun balik sambil dah start berangan dan buat itinerary untuk Japan trip ni.

Countdown paling maximum ialah 7 hari sebelum trip. Walaupon masing-masing busy dengan kerja, kat group Whatsapp memang riuh tanya itu ini. Sapa bawak international plug, sapa bawak sambal ikan bilis, bawak baju berapa helai, termasuklah estimated weather forecast.

Aku start beli barang yang nak bawa sebulan sebelum pergi. Barang nak beli pun takdelah banyak, stock up toiletries, beli cardigan baru di Uniqlo 2 helai (walaupon aku nak pergi ke negara yang melahirkan Uniqlo), gloves dan sling bag (yang akhirnya lepas 2 hari di Japan aku rasa payah nak bawak lebih dari 1 bag masa jalan dan aku decide bawa backpack je). Lain-lain memang bawa apa yang ada. Ubat aku ambil sehari sebelum pergi dan aku packing malam sebelum hari kejadian.

Flight kami Jumaat, 6 March 2015 jam11.30pm. Awalnya aku plan nak mengemas petang 6hb tu lepas balik office (plan nak balik pukul 4pm).

Aku memang suka buat list barang. So senang sikit bila mengemas kan.



Tapi aku tukar plan. Aku start mengemas barang Khamis malam sebab macam rasa nanti esoknya tinggal masukkan mana-mana barang yang last je lah kan.

luggage kecik masukkan dalam luggage besar. Backpack dan sling bag.

Habis aku lenjan kasut ni. Kasut Clarks ni aku beli tahun 2010 dulu masa boxing day. Memang tak sia-sia aku bawak. Selesa.

Hari kejadian pon tiba, memang ada hikmahnya aku kemas barang malam sebelumnya. Sebab Jumaat tu aku balik pukul 6pm! Haish macam tak habis-habis je kerje kan. Rupanya Eda pon balik pukul 6pm dan Shah balik dari kerja pukul 7pm. Amekkau. Memang bos-bos kitorang ni sayang sangat kat kitorang (ye ke?).

So, seperti plan, lepas maghrib, mother, mamat dan alim hantar aku ke KLIA. Nurin, Eda dan Shah naik KLIA transit dari KL Sentral. Siti pulak naik di KLIA2.


Aku first sekali sampai. Aku terus cek in sebab aku kan dah nervous sebab diorang suma tak sampai lagi. So aku cek in je. Kalau 2 jam sebelum diorang tak sampai-sampai lagi, aku plan nak cek in je luggage aku jugak. So sebab masing-masing tengah nervous, takde sapa pon call sesiapa. Info yang aku tau, diorang baru gerak dari KL sentral pkl 8.15pm.

Alhamdulillah by 8.45pm diorang dah sampai. Terus diorang pon cek in dan kami cek in luggage. Tak dapat seat sama-sama, duduk bersepah.


Settle cek in luggage, kami terus masuk ke imigresen dan security. Dah sampai di gate, kami cari surau dan solat. Settle semua, kami makan alas perut konsepnya di O'Briens.


Sebab Siti kan naik dari KLIA2, masa kami tengah beratur nak masuk kat gate, Eda pon call lah Siti. Suddenly... jeng jeng jeng.. Siti kata dia dah terlepas flight. Siti kata flight dia supposedly pagi tadi. Aku pon bukak balik fon, check balik salinan teket Siti. Danggggg.. Memang teket dia 6 March, 2015. Tapi 12.30am. Means pagi tadi. Tapi sebab flight balik dah beli dan accomodation dan JR pass semua dah beli, Siti mesti pergi jugak. Sambil tunggu masa nak board the plane, kami pon search search teket yang available. Since kami sampai Narita (Tokyo) esok pagi dan dalam plan untuk terus ke Osaka, beli new flight ticket untuk Siti, esoknya (7 March 2015) dan turun di Kansai (Osaka).

serius masa ni semua tak bercakap kot

Settle belikan teket flight baru untuk Siti dan board the plane, barulah boleh tarik nafas lega.

Mula-mula dapat tuna sandwich

Serius aku mengantuk gila. Lepas makan sandwich tu aku tertidur. Aku duduk sebelah sorang mamat Singapore (bukan Aaron Aziz ya). Dia pon sama jugak tidur. Sambil tidur aku dengar...


tak sia-sia aku mengaji 4 tahun kat maahad. ewah...

Lagi 2 jam sebelum landing, kami dapat breakfast pulak. Ada option nasi lemak atau omelette. Cuba teka aku pilih ape?

Teka la

Teka la

Teka la









Teka lagi



melayu tak sedar diri namanya ni!
Lepas tu layan sunrise. Tapi tak berapa clear la walaupon pakai Iphone 5s. Maklumlah cermin pon berwap.




Alhamdulillah kami selamat landing di Narita International airport awal setengah jam dari ETA. Immigration ialah sangat laju walaupon ramai gila orang. Serius diorang sangat efisyen. Cumanya pesanan untuk kawan-kawan yang akan ke Japan, kat entry form tu, ada kena masukkan address of residence di Japan. So sediakan siap-siap alamat Hotel / guesthouse / apartment  / alamat rumah kawan yang akan didiami nanti. Memang diorang particular bab yang tu.





muka excited walaupon baru bangun tidur



Settle immigration segala bagai, kami ke luggage crousal nak claim luggage. Tunggu punya tunggu, selai dah last bag, masih tak nampak lagi roda beg-beg kami. Kami pon pergilah ke information counter nak tanya. Sekali dia tunjuk kat sini. Yes, beg kami aje yang ada di sini, katanya lambat ambil dari carousal. Erk, kami tunggu dari mula sampai habis kot tapi tak nampak pon beg. Yang penting, memang diorang aturkan besar ke kecik.


Lepas tu kami ke kaunter JR pass nak claim JR ticket.

Narita Airport

isi borang dulu


serius memang diorang sangat bagus dan baik. terus this lady offer nak book kan seat kami untuk ke Shin-Osaka.

Kami memang turun di Tokyo, tapi terus ke Osaka sebab nak round sana dulu. Kami naik shinkansen (bullet train) dari Tokyo ke Shin Osaka (tukar train di pertengahan jalan). Journey lebih kurang 3 jam setengah. Kalau naik bas pon boleh, tapi overnight durationnya.

waiting for our Shinkansen

ni la shinkansen yang pertama

masih muka excited. walaupon mengantuk, ku tahan jebat.

eleh, control excited konon

takdak orang kau
set marble cake dan coffee, 1500yen. nangis membayar tapi bayar je lah sebab lapar dan need booster
changing shinkansen

action je lebih


second shinkansen, heading to shin osaka





Sampai di Shin Osaka, kami ambil metro ke Nipponbashi. Sebab kami duduk apartment di situ. Maka, bergasaklah bersama orang ramai sama naik berdiri dalam train.




Keluar dari metro Nipponbashi, terus ke office tempat nak ambil kunci apartment tu.



Settle ambil kunci dan dapat pocket wifi (dapat free pocket wifi bila sewa apartment ni), kami pon jalan lah ke apartment yang akan diduduki. Boleh tahan jauh, 500m ada rasanya.

Apartment yang kitorang duduk ni book through Air BnB. Ada 2 bilik. Kami berempat tidur sebilik, Shah tidur 1 bilik.

Ini bilik kami berempat. Maafkanlah bersepah sebab excited akhirnya sampai jugak di apartment.
oshin gems memang macam ni
 Settle letak beg, pergi toilet, solat semua, kami pon bergerak keluar. Nak jalan-jalan plannya. So ambil metro dari Nipponbashi ke Namba.

Keluar je, akan lalu Family mart ni. Ha, kat sinilah kami jadi kawan baik dengan family mart. Keluar rumah, singgah family mart dulu. Balik, sebelum sampai rumah, singgah family mart dulu.









they are so antisocial ahahahaha

Sampai kat Namba, kami merayau berjalan mencari information counter. Itu pon dah setengah jam. Jalan punya jalan, arghhh singgah la makan kat kedai roti ni dulu.



OK, energy dah ada. Baru boleh sambung jalan lagi. Kami jalan-jalan, dan jumpa Uniqlo. Ape lagi, terus je lah masuk dan memilih barang. Belum ape-ape, dah shopping. hahaha
tengok le gaya eksyen tu

muka tak menyesal.
Settle bershopingan di Uniqlo, kami ke kaunter untuk redeem tax. Ha, boleh redeem tax terus tau.

kau nampak tak aku terkepit tu
Eda dan Nurin uruskan claim tax. Aku dengan Shah releks sambil...

berangan nak jadi one od the Kingsman. Well, at least Shah menepati tema. Aku tersengih dengan 2 payung mane boleh nak jadi Kingsman!
Settle claim tax, kami dah kelaparan tahap dewa. So kami terus jalan ke Dotunbori, hunting pon a place to eat.







Kami decide nak makan kat kedai yang terlupa nak snap depan kedai.










amboi Nurin fresh sangat rasa ke

kami gadis ayu yang bersopan
nampak gaya kelaparan di situ
Lepas makan, kami jalan-jalan sikit kat Dotunburi tu. Lepas tu kami naik Shinkansen ke Kansai Airport untuk jemput Siti.



waiting for Siti
Waktu Siti keluar, kebetulan dan lepas tengah malam. Last shinkansen jam 12am. So kami pun turun dan keluar dari airport tu ke tempat bas. Tanya punya tanya, ada last bas ke Namba jam 12.30am. So kami pon berlari beli teket dan beratur. Yes, Japan is all about beratur ya. Bila dah tengah malam, pulaknya first day di Japan, serius sejuknya menusuk ke tulang walaupon dah pakai jeket belon dan fleece jacket.

Then kami naik bas dalam sejam jugak ke Namba, then menapak balik apartment, dalam 20 minit jugak berjalan. Sampai apartment, terus semua tidorrrrr.....

What an adventures first day in Japan!

0 comments: