Wednesday, April 22, 2015

4 - Japan : Osaka Castle, Universal Studio Japan, Hard Rock Cafe Osaka, Kobe

Haaaa mesti ada yang tertanya-tanya kan, kitorang ni ada buat itinerary ke, follow itinerary sesiapa ke, atau ada kawan-kawan kat Japan ke kan? Yup aku ada kawan kat Tokyo, Alina nama dia tapi itinerary ni semua kami buat sendiri, discuss sendiri dan cari sendiri camne nak pergi mana dari mana. Sebenarnya belasah pon iye jugak hahahaha..

OK, back to the story kami jalan-jalan Japan. Hari ke-4 kami plan nak pergi agak banyak tempat. Memang kami confident aje dapat pergi semua tempat. Confident itu penting ok!

marilah kita bergaya dengan UGG boots yang baru dibeli itu. Serius, comfy dan panas kaki. Dengan harapan tak hujan. 

Kami (Shah punya kerja) check weather forecast, katanya hari tak hujan. So kami pon tak bawaklah payung. Dalam pada masa yang sama, fingers crossed jugak, doa banyak-banyak supaya tak hujan.

Destinasi pertama, Osaka Castle. Dari Nipponbashi tu kami ambil train direct ke Osaka Castle. So beli teket metro biasa, tak boleh guna JR pass.

bukti beli teket untuk tujuan dokumentasi perjalanan


kami turun kat station ni untuk ke Osaka Castle

Dari station tu kami jalan kaki je ke Osaka Castle. Tak jauh pun dalam 10 minit jalan lenggang kangkung je. Serius, kerjenye ambil gambar aje dari pintu gate, sampai lah ke dalam.

Eda la snap gambar ni. tak sempat nak ready lagi. Tapi aku suka gambar ni.


gemuknya makcik ni


ok, semorang dah boleh beli go pro dah. Sebab drooling tengok cunnya gambar ni kan kan

terik pon boleh

gambar auto snap camni yang aku suka. 

maafkan mereka


ok, dah behave


yang ni pakai iphone 5s. walaupon aku pejam mata, tapi awan tu cun sangat. oh yea, Eda cameo kat belakang

lawan ke?





kalau penuh snow, mesti aku dah golek-golek kat situ

macam bangunan sekolah aje kan

belakang tu main pavilion Osaka Castle


auto snap yg aku suka

terik tapi sejuk


nak melompat tapi tak sempat snap. Shah cameo sambil duduk kat belakang.


cun lah Siti snapkan gambar ni

Yahoo berjaya! nasib baik Shah pandai snap

one for the no. 1 fan (mother lettew)


bagi makan merpati sambil tutup mata


Kami tak masuk pon castle tu. Kami snap cambar bagai nak rak kat luar kawasan tu dan beli souvenir kat kedai souvenir dia je. Serius murah harganya berbanding tempat lain.

Lepas tu kami jalan-jalan lagi, sambil snap gambar posing maut lagi, menuju ke train station untuk ke destinasi seterusnya.







cantik gila park osaka castle ni



Kami ambil train ke Universal Studio Osaka, Japan. Yeeeehaaaaaa....

cool gile kan kat train station dia
Sampai aje kat USS, angin bertiup kuat gila. kami terus masuk starbucks kat situ. Diorang semua pergi beli kopi, aku cop tempat duduk. Pastu kitorang releks-releks je, tetiba ada snowflakes kat luar. Semua tinggalkan air dan keluar ambil gambar / video. Aku pon sama naik, ambil video snowflakes shower. Boleh tengok kat instagram aku. Serius, excited masing-masing. Tapi dalam gambar tak nampak snowflakesnya. Dalam video je ada.

Lepas tu kami jalan-jalan kat luar tu, dan aku pon masuk satu kedai kopi ni dan beli kopi aku. Comel gile kedai ni.






Kami jalan-jalan lagi kat luar tu sambil shopping sikit-sikit. Masa tu dah nak dekat tengah hari. Terjumpa kedai udon ni. Ape lagi, jom makan.



comel kot budak yang buat udon ni





Kat kedai ni boleh pilih nak udon letak ape. aku pilih letak seaweed, telur dan ambil tempura ikan satu.




Lepas dah kenyang gila, kami sambung jalan-jalan lagi kat universal city tu. Haruslah kami tak masuk USS, sebab kalau nak masuk USS paling kurang 2 hari kena spend kat situ. Layanlah gambar kat luar USS tu ye...





bebudak ni dress up ala ala budak sekolah harry potter. cool gile.

























shopping souvenir kat gift shop dia

lepas tu kami ke hard rock cafe USS. best gile barang-barang dan layanan tip top dari staff dia. Memang best!!!


kau tengok posing diorang

siap pegangkan baju untuk prop lagi

nangis dalam hati je habis yen yen semua



Lepas dah nangis dalam hati, terus kami pon blah je dari universal city tu. hahahahahaa..

Kami ambil train ke Kobe. Misi seterusnya nak ke Masjid Kobe.

Nurin kat belakang dan sejuk tak terkata, balut sampai muka semua. Shah tu obvious sangat sedih melayang duit. hahahahah Kami yang lain control macho kekonon.

tunggu train dalam kesejukan

fakta hampir kehabisan wang finally menyerap dalam diri Eda



changing train


Sampai di Kobe station, aku terus ke information counter nak tanya dan minta map Masjid Kobe.

Apa yang special pasal masjid Kobe ni? masa tahun 2004 yang tsunami teruk sangat tu, Kobe ni antara tempat di Japan ni yang kena impactnya dan di Kobe ni, masjid Kobe is the only standing building lepas tsunami tu. Dia juga berfungsi sebagai pusat perlindungan tsunami waktu tu. Sejarah and religion. Cool right?

best gila exterior bangunan ni


Kalau dari station Kobe tu, jalan lenggang kangkung sambil snap gambar on the way, 15 minit dah sampai masjid Kobe. cuma jalannya ada masuk beberapa lorong, tapi just follow the map, dah ok dah.

dalam masjid tokleh ambil gambar, so ni je dapat. selfie sambil shah ada kat sebelah tu ape daaa...

we became a better muslim when we see, feel and observe how muslims in another country live and preserve our religion. insyaAllah.

Lepas tu haruslah dah kelaparan. Ape lagi, singgah Naan Inn seberang masjid untuk dinner.

anti social moment

lepas makan, kami jalan-jalan releks releks sambil menuju balik ke train station. Macam takde orang je kat Kobe tu.





Sampai balik di apartment, ada yang dah start packing, ada yang masuk toilet. Kami semua mandi dan asingkan baju-baju yang nak basuh. Lepas dah asingkan baju-baju tu, aku, nurin, siti dan Eda turun bawah ke dobi 24 hours (bawah apartment je) dan basuh baju. Oleh kerana agak lama nak tunggu baju tu siap, aku dan eda suruh nurin dan siti naik dulu. kami tunggu kat dobi sambil borak-borak.


sape nak heran ko pakai ape kat jepun kan

Settle habis basuh kain, kami masukkan dalam dryer pulak, lagi 40 minit. Habis semua, asingkan baju-baju masukkan dalam beg masing-masing. Lepas tu naik apartment dan boom tido.

Esoknya kami ke Tokyo!

3 comments:

Xuera_lar said...

aliaa...bestnya trip ke Jepun...
kulit muka cantik dan bersih....masih pakai Faceshop kah?

Xuera_lar said...
This comment has been removed by the author.
aliaaroslan said...

@@ju saya makeup je pakai faceshop, kak. pencuci muka, toner segala bagai pakai skin food. itu muka masa pergi jepum. cuba akak tengok muka saya sekarang, sunburn teruk hahahaha