Wednesday, April 29, 2015

Krabi 1 - Kuala Lumpur to Krabi, Aonang Resotel, Aonang Beach & Krabi Night Market

By the time post ni published, insyaAllah aku dah dalam perjalanan ke Australia. My first solo trip. Aku dah schedule entry Krabi ni untuk peminat semua (eh, ada ke?) so stay tuned ok. Dan hopefully kalau sempat dan line internet power seperti power puff girls, aku akan update masa aku kat Oz nanti, insyaAllah.

Haaaa mesti ada yang tertanya-tanya kan, kenapa lah trip jalan-jalan ni dekat-dekat sangat tarikhnya. Punyalah aku ni hampeh, sebab yang booknya bukan aku. So bila orang ajak jalan je, aku on. Orang ajak je aku on. Balik dari Japan, kerja 4 hari, then pergi survey camp 10 hari, dan terus ke Krabi. Sila jangan tiru ok.

Pergi Krabi ni dengan x-students aku masa aku mengajar di UPM zaman buat masters dulu. Diorang semua pun dan kerja. Pastu diorang tengok aku suka jalan-jalan, dan diorang pon ajaklah.

Pagi-pagi pukul 4.30am kami dah bertolak ke KLIA2. Mamat hantarkan kami semua sebab malam sebelum tu kami buat slumber party kat rumah aku. OK yang tu aku tipu. Aku yang suggest diorang semua tidur rumah aku so senang nak bergerak bersama-sama.


Kami check in 1 luggage je. Lepas check in terus je masuk balai perlepasan. KLIA2 kan besar, sementara nak sampai ke gate tu memang lama betul berjalan. Pulaknya ada immigration dan 2 kali security check.

muka bangun tido hahaha
Kami sampai tepat-tepat aje masa boleh masuk ke dalam aircraft. Terus ajelah masuk kan.



Sampai aje di Krabi, terus ambil teksi di kaunter dia. 600Baht ke Aonang, dan terus ke hotel kami, Aonang resotel.




ambil bilik besar, senang...
Settle check in semua, kami terus ke Aonang beach. Actually hotel kami ni bukan betul-betul tepi pantai. Maklumlah, carik yang murah aje. Tapi hotel ni ada sediakan khidmat hantar dengan tuk tuk ke Aonang beach tempat makan dan shopping tu. So settle semua kami terus mintak orang hotel hantar ke Aonang beach.



Haruslah carik benda nak makan kudap-kudap. serius sedap gile dan murahhhhhh.... fresh juice dia RM3 je, rasa nak pengsan.


mango nutella pencake
Lepas tu kami jalan-jalan aje sambil survey package island hopping dan phi phi island trip. Sampai ke sebelah sana kami jalan. Panas pon panas lah.




family mart bersepah kat sini



Japan di hatiku?

yezzaaa dapat jugak kopi!!!
Penat berjalan, dan dapat quotation harga island hopping segala, kami pon berhenti nak lunch. Terus carik tom yam kau!!!


Lepas lunch, kami ambik tuk tuk dan balik hotel. Kami jimat banyak jugak lah on tuk tuk sebab just bayar untuk naik masa balik je.

Lepas dan mandi tukar baju releks semua, petang tu kami ke Krabi town, nak ke Krabi night market. Kami engage dengan pengurus hotel kami duduk ni untuk dia bawak kami ke situ, sebab charge dia sama dengan kalau ambil teksi lain. Pergi Krabi town, 1000 baht untuk 5 jam.

Oleh kerana kami sampai awal, kami pon ronda-ronda je kat area situ sampai ambil gambar.









Then kami lepak duduk tepi muara laut sambil makan ice cream kelapa dan fruit juice. Banyak stall halal kat sini so nothing to worry about.






fruit juice dan ice cream kelapa



Nak dekat maghrib camtu, barulah kami ke Krabi night market. Jalan kaki je pon dari muara laut tu. Tapi kalau pergi awal sangat, kedai tak banyak bukak.


Macam-macam ada kat Krabi night market ni. Nampak aje kecik. Tapi ramai gila orang, tak habis pon pergi setiap kedai. 








Kami tapau pulut mangga dan kerabu sotong kat pasar malam tu. Lepas habis borong, kami pun baliklah ke Aonang. Orang hotel tu tinggalkan kami kat satu kedai makan halal. Kami dinner kat situ.


kerabu sotong


Settle dinner, kami tahan tuk tuk dan balik ke hotel. Sebelah hotel kami tu ada Family mart. Serius bersepah family mart kat sana. So kami beli roti untuk bekal island hopping esoknya dan mineral water.

End of Day 1 in Krabi.

0 comments: