Monday, April 27, 2015

7 - Japan : Odaiba, Ueno (Hard Rock Cafe), Akihabara, Shibuya, Harajuku

Second last day kami di Japan, memang hari yang busy betul. Keluar dari pagi sampailah ke malam. Memang jalan puas-puas konsepnya. Jalan pon iye, bergambar pon iye.

Sorang kawan aku (kawan dari Maahad), Alina dia duduk di Tokyo, ikut husband dia yang bekerja di sini. So, kami dah janji nak berjumpa hari ni.

Dari Harajuku, kami ambil metro ke Odaiba, jumpa Alina di sana.

vending machine canggih


king and his dayang



Kenapa ke Odaiba? Nak ambil gambar dengan gundam katanya. Alina layan je kitorang nak ke mana. Hehehe...







Hellooo
Kitorang memang ambil gambar dengan bende alah gundam ni puas puas. Maklumlah, first time jumpa. Hahaha...








kerje sape lah snap gambar aku cenggini, selfie dengan go pro nya




Area sekitar Odaiba tu memang cantik. Puas lah berselfie sana sini.








Lepas tu kami ke Ueno. Nak ke Hard Rock Cafe. Rupanya train station di Ueno ni ialah train station tertua di Japan. Sejarah wei, sejarah.  I alls kan suka sejarah.



Cantik dia upgrade train station ni pakai steel.


Alin testing go pro. Nak beli satu katanya. 

Actually aku ada nak beli jacket kat HRC ni. Tapi staff dia fault la. Terus aku letak balik jacket tu dan keluar kedai. Hahaha..

Lepas tu kitorang babai Alina, dan kami terus ke Akihabara - orang sini panggil Akiba.

Boleh hilang arah tujuan kat Akiba ni. Macam-macam ada. Jam murah gila. Barang letrek pon boleh tahan murah, tinggal tak tau nak bawak balik macam mana je. Kalau tak memang aku dah angkut balik flat screen tv 52 inchi.





Kitorang beli jam casio ni RM30 je. Rasa nak nangis sebab tak percaya.

nak seberang jalan tiba-tiba lampu merah, diorang stuck kat tengah jalan. 

Lepas beberapa kedai, kami singgah jap kat kedai kopi ni. Kopi dari france dia kata. Bukan singgah kejap, lama jugak lah sebab penat berjalan.


self timer pon haruslah digunapakai



pagi petang siang malam kopi je kerjenye!!!

antisocial moment. cuba tengok betul-betul shah pegang ape. 





Lepas minum-minum dan makan-makan lagi, kami sambung round Akiba. Akiba ni jugak tempat kalau nak beli figurine dan robot-robot gundam ape semua dengan murah. Termasuklah ultramen...





beli ikut budget wei





Lepas tu kami ke next destination, Shibuya!!! Kenapa nak pergi Shibuya? Haloooo siapa tak follow fast and furious movies, memang rugi!!! Film location Fast and furious Tokyo Drift, and the largest pedestrian crossing in the world!!!

in between trains







Waktu ni petang, ala-ala maghrib tapi sebab cepat gelap, dah nampak macam malam

Semorang tunggu nak seberang jalan

Yaaaa itu diaaaaa






Nak dapat gambar selfie kat Shibuya crossing entah dan berapa minit, berapa round orang seberang dah. Lepas tu, haruslah kelaparan.


arahan gambar : muka lapar
Lepas seberang Shibuya crossing tu, kami duk cari-cari manalah tempat nak makan malam. Kami jalan ke depan sikit, terjumpa Genki Sushi. Yezzaaaaa akhirnyaaaa sushi di Japan!!!!



Kedai dia best. Order sendiri kat screen depan kita, then makanan akan sampai pakai konsep dumpy waiter.










happy dah kenyang


Lepas makan sushi tu, pergi cari kedai Dr Martens. Siap pakai google map lagi. Cari punya cari, sampai je kat kedainya, malangnya, kedai dah tutup. Frust betul, siap hempas beg lagi. Hahahaha... Aku lah tu yang hempas beg. Lepas tu, kami pon decide nak balik sebab masing-masing dah penat dan belum packing apa pun lagi. Esok nak balik Malaysia dah. 

background Shibuya crossing dari jejantas

Sampai je balik kat Harajuku, kami singgah Family Mart seperti biasa nak beli roti dan juice serta pisang untuk breakfast esok nya. 

Keluar dari family mart, kami nampak lah kedai kopi yang dekat je dengan apartment kami. Pagi-pagi yang sebelum ni pernah nak beli kopi kat kedai ni tapi dia takde takeaway. 

Aku : Best jugak kalau layan kopi malam ni sebelum balik. 
Eda : Eda tak kisah, ok je.
Shah : *potong kitorang jalan ke depan, tengok list of menu, pandang aku sambil cakap* - "Dia ada caramel latte lah. jom".

Endingnya kami bertiga mengopi dan berwaffle kat kedai tu sampai kedai tu tutup! 

Nurin dan Siti balik ke apartment sebab masing-masing dan tak larat. 






Penutup hari ke-7 di Japan adalah video Shibuya crossing!!!

video

2 comments:

farhan hamzah said...

Vie de France tu mmg best- both coffee and pastries.in fact, Tullys and all sorts of coffees best la kat sana!haha view yg biased from japan-uni grad ;)
-Farhan

aliaaroslan said...

@farhan hamzah semua coffee dia sedap kan. tak kiralah yang tepi jalan, dalam vending machine dan kedai. itu yang hari-hari try kopi lain-lain