Hari last di Japan. Sedih ada, excited pon ada. Sedih nak tinggalkan Japan, excited sebab dah target nak makan nasi lemak kat Malaysia. Hahahaha, makanan jugak yang diingat kan.
Kami bangun awal. Sebab semorang pon tak packing lagi. Sebab bilik kecik, semorang kena bangun, mandi, solat dan bersiap barulah boleh roll tatami mat letak tepi dan bukak beg untuk kemas. Habis semua beg dan beranak pinak dan menggelembung.
Settle kemas semua, kami bukalah makanan, habiskan makanan semua. Breakfast roti, sambal hijau, orange dan apple juice, air mineral. Roti yang lebih buat sandwich siap-siap dan letak dalam beg - yang ni memang kerja Siti. Bagus gila sebab memang ada je yang akan makan.
|
3 ekor rabbit universal studio japan untuk 3 ketul anak buah di malaysia |
Lepas breakfast kami keluar apartment. Tinggalkan kunci dalam post box macam yang kitorang ambil haritu, dan ke GAP di Harajuku tu.
|
Luar apartment, nasib baik ground floor |
|
cubaan kiss and blow |
|
cubaan kiss and blow tak jadi hahaha |
|
boot GAP ni sale. RM60, takkan tak beli kan. serius boot clarks ni berjasa betul. beli tahun 2010 kot. |
Kebetulan kat GAP ada kasi coffee free. So kopi kami pagi tu disponsor oleh GAP. kelas kauuu
|
biro mengopi sepanjang di Japan |
|
cantik dan klasik kan train station Harajuku |
Oleh kerana JR pass kami dah habis tempoh semalam (valid 7 hari), kami decide untuk ambil suica card hari last di Japan ni. Konsepnya sama dengan kad touch and go kita.
Plan asalnya nak letak luggage di Tokyo station, tapi sebab nak pergi Tokyo tu kena lalu Shibuya station, kami angkut seret je all the way. Haruslah pergi balik Shibuya sebab nak cari Dr Martens.
|
Shibuya crossing during day time |
|
tengah jalan kot. sempat kan |
|
punyalah awal sampai, kedai pon tak bukak lagi hahahha. |
Tunggu kejap je, pastu kedai pon bukak. Serius best gila sales assistant kat sini. Walaupon cakap ayam dan itik, tetap tip top layanan dia. terbaek!
|
takde orang? |
|
orang seberang |
Lepas tu kami ke Akiba lagi, still dengan membawa luggage semua. Siti, Eda dan aku beli barang lagi kat situ. Serius macam tak nak balik ok.
Lepas tu kami ke Ueno. Sebab Siti dah tak larat nak berjalan, dia offer diri tunggu dan jaga luggage di Ueno station sementara kami ke Asakusa. Asakusa ni tempat beli souvenir. Kami beli ala kadar je sebab sepanjang jalan-jalan pon dah beli sikit-sikit.
Kembali ke Ueno station, angkut luggage dan terus ambil train ke Narita Airport. Train ke Narita pon dah sejam lebih. Memang ngam ngam sampai untuk check in luggage.
|
last selfie at the the train station |
|
ha kau.. |
|
beratur tunggu turn |
|
Bye bye Narita |
Masuk aje di gate, kami ada masa cukup-cukup je nak ke toilet dan solat. Lepas tu terus board the plane. Atas flight memang tidur je. Bangun pon untuk makan.
Kami selamat sampai Malaysia awal setengah jam dar ETA. Immigration, luggage claim dan kastam went smoothly.
|
Terima kasih Malaysian Airlines. |
Sampai di KLIA, sementara tunggu mamat datang ambil, kami makan nasi lemak dan minum kopi di old town white coffee. Haaaa sedapnya nasi lemak!!!
Terima kasih Nurin kerana ajak join, dan book kan ticket flight. Memang klasik kita bersila kat office aku susun itinerary sambil gelak-gelak dan gosip. Nasib baik itinerary siap.
Terima kasih Eda kerana terus click dan jadi gang sekepala, pergi dobi tengah malam sama-sama dan faham memahami masa nak minta ambil gambar each other. Hahahha..
Terima kasih Siti kerana sentiasa positif dan ceria, penuh dengan idea posing dan prop untuk bergambar.
Terima kasih Shah kerana ajar teknik photography dengan Iphone, dan bawakan beg Dr Martens dari Shibuya ke Akiba ke Ueno ke Narita, Japan dan melalui Kastam Malaysia.
Anyway...
Next trip dah dalam perancangan. Siapa nak ikut?
3 comments:
Bestnya...my dreams mmg nak pegi jepun...
Nnti share itenary n cost ok...
Lps ni g mana....hehe
@fifi OK, nanti will update on cost dan basic itinerary... Tahun depan target nak pergi europe. jom?
Nak ikut..tapi budget takde...huwaaaaaaaa
Post a Comment