Wednesday, February 25, 2015

Penang!!!

Ola you all. Haritu aku pergi site visit ke Penang. Bawak student katanya. Tapi dalam entry ni tak nak lah cerita pasal site visit, tapi cerita / tunjuk gambar aku dan kawan-kawan office berjalan-jalan sambil site visit tu....

Kami bertolak pagi, dalam jam 10am camtu. Gedebuk gedebak jalan dan stop di RnR, kami pon sampailah kat terminal ferry Penang. Bas tinggalkan kami kat situ dan seberang dengan jambatan. Kami haruslah nak merasa naik ferry. Sekali sekala you all...

aku, kak siti dan ruby

Bawak student dalam 20 orang, lecturers nya pon ramai jugak. 



Kami sampai ke Penang dulu dari bas. Sementara tunggu bas, kami borak-borak dan rest dulu. Tiba-tiba rasa nak snap gambar dengan tong surat ni.


dari jejantas nak seberang jalan


Sampai je, kami ke site yang pertama. Settle kat site tu, kami jalan-jalan di area Padang Kota Lama. Sambil tu singgah makan mee sotong. 



kak siti, aku, kak faiza dan ruby

anta students yang ikut

mee sotong kuah

mee sotong goreng



Penat dah jalan-jalan kat area padang kota lama, kami terus ke hotel di area Gelugor.

Lepas dah mandi solat semua, malamnya kami ke Batu Feringghi. Jalan-jalan sambil makan malam. Tapi tak nampak pantainya...

Kedai makan ni kat depan Hotel Holiday Inn Penang. Char Kuey Tiaw special dengan udang dan kerang yang banyak, hanya RM7 sahaja. Terkejut aku. Biasanya mahal. Dan, sedap giile!

Sampai je balik hotel, semua terus tertidur kepenatan. Maklumlah seharian travel, pergi site dan jalan.

Esoknya kami ke site ke-2. Sambil tunggu project manager sampai, kami jalan-jalan sekitar tu. Sitenya depan Penang port. 





Site ni ialah refurbishment of building lama, nak dijadikan Hotel 6 bintang. Kosnya banyak juta. Nangis dengar. Tapi sebab bangunan ni under Malaysia Heritage, tu yang tak boleh sembarangan buat refurbishment. Banyak rules and regulation yang kena ikut. 



salah satu section dalam bilik contoh

Lepas dah berpeluh dan puas round site, kami pun ke next agenda. Jalan-jalan di sekitar masjid kapitan. 


berderet kedai emas

Sambil tu ada banyak art gallery kat sekitar tu. Mind you, kami jalan kaki tau. Serious best walaupon berpeluh jangan cerita. 


kak siti dan ruby beli beberapa hand panting dari pakcik ni. harga sangat berpatutan!!!
 



Jalan punya jalan, dah tengah panas haruslah haus kan. Kami plan nak berhenti minum je kat kedai ni, tapi rupanya ni kedai nasi kandar imigresen. Haruslah makan terus nasi kandar kat sini!!!



Licin kami makan. Kepenatan kan kehausan dan kelaparan katanya! Lepas tu kami ronda area tu mencari-cari wall painting. Tapi jumpa satu je wall painting dan yang lainnya iron art.













Kami solat di masjid kapitan. Lepas tu kami terus ke destinasi seterusnya, Penang hill. Jalan memang sesak, sejam jugak nak sampai situ. Sempat terlelap dalam bas sebab kepenatan. 



dalam cable car. belakang tu Sr Anuar dan student





Sampai kat atas tu, kami decide nak round dengan buggy service. RM30 untuk 20 minit. Satu buggy boleh naik sampai 6 orang. Memang berbaloi! Dia round sampai habis jalan.


tong surat hadiah dari queen victoria kepada raja melayu. tua sangat tong surat ni.


rumah penjaga dot dot dot nak tau cerita ke?

ni lah buggy nya. sporting betul pakcik driver tu ambilkan gambar kitorang camni


angkut batu arang
sebelum turun, kami sempat minum-minum kat atas Penang Hill... Of course ambil gambar kenangan.



hadoi comel gila anak didi ni

Lepas tu kami singgah di kedai Jeruk Pak Ali di Nibong Tebal. Aku beli sikit-sikit je jeruk, untuk sendiri makan. Lepas tu terus bertolak balik. Ada juga berhenti di RnR untuk solat dan makan.

Kami sampai balik di IUKL dalam jam 2.00 pagi. Letih memang letih tapi syok!

GoPro moment dalam ferry!

2 comments:

NEKCIK said...

wah best jugak round round penang ni ye..lama dah last trip

aliaaroslan said...

@NEKCIK Best sangat! banyak benda baru nak tengok nak banyak benda lama nak tengok lagi...