Thursday, February 26, 2015

Change in life...

Aku terasa nak tulis something related to post Kak Diana Ishak kat SINI.

Part of it, aku pon ada terima soalan yang sama, nape kau berani pergi umrah awal-awal, Aliaa?

Bagi aku, konsepnya, bila dah sampai jemputan dari Allah. Ya, jemputan. Bukan duitan ya. Bab duit, honestly aku bagitau, mother bayarkan half of my umrah package. Kalau nak harap aku, kerjanya nak pergi Korea aje. Cettt sangat kan. Dan alhamdulillah, dengan izin Allah dan doa mother, aku selamat pergi dan balik umrah tahun lepas, 21 May - 1 June 2014. Tapi entry ni bukan nak cerita pasal pengalaman umrah. Lebih kepada change in life pre, during, post and until today yang related to my umrah.

Sebelum menunaikan umrah, aku attend kursus umrah 2 kali. 1 kali aku attend di Andalusia dan satu kali lagi aku attend di Tabung Haji. Aku pergi umrah dengan pakej Tabung Haji. Dalam kursus tu memang ustaz-ustaz tu banyak beli informasi, dan bimbingan serta menjawab soalan-soalan yang sentiasa dalam fikiran aku selama ni.

Dari segi luaran, aku mula kurangkan pakai pakaian yang tak menutup aurat sepenuhnya. Literally menutup aurat. Means no skinny jeans, no t-shirt yang pendek dari punggung, mula pakai stokin kaki dan stokin tangan, jaga perlakuan - cover sikit ape yang keluar dari mulut, etc. Cuma tudung je aku masih pakai yang sarung menyarung Ariani yang saiz medium, yang just cover sampai dada sahaja. Aku banyak membaca blog perjalanan umrah orang lain, dan mendalami step by step semua rukun umrah. Tak ketinggalan, bangun solat malam - solat hajat, solat tahajjud, solat taubat, solat istikharah, solat witir, etc. Semua ni, masa tu, aku buat dengan tujuan persediaan untuk mengerjakan umrah.

Masa di Mekah dah Madinah, alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Kebetulan bulan aku pergi tu musim panas, tapi walaupun pakai berlapis-lapis - jubah, stoking tangan dan kaki, leggings, kain dalam, niqab / purdah, telekung, tapi aku rasa selesa. Aku sendiri tak perasan dan baru tau yang betapa selesanya pakai niqab. Yes, memang best dan selesa. Perasaannya, tak tergambar.

Balik ke Malaysia, alhamdulillah aku dipermudahkan untuk terus istiqamah begitu, berpakaian menutup aurat dan dengan support mother, aku terus tukar fesyen tudung, pakai tudung yang labuh melebihi paras dada. Alhamdulillah masih terus istiqamah memakai stokin kaki dan tangan yang tebah dan mother belanja pulak beli jubah Jumana - kain cotton dan sangat selesa. Dalam pada tu, setiap hari aku doa agar aku diberikan kekuatan terus istiqamah untuk begitu, dengan 1 tujuan, mendapat keredhaan Allah.

Aku terfikir-fikir, aku ingin mengenakan niqab. Ramai yang dah aku rujuk, katanya semua itu mesti datang dari hati dan mendapat keredhaan Allah. Redha Allah datang dari redha ibu bapa. Aku tau mother dan father tak kisah, asalkan aku gembira. Tapi, aku berbalik kepada niat kenapa aku nak berniqab???

Bila aku muhasabah diri, aku nak berniqab sebab:
1. Nak jaga perlakuan - supaya tak terlalu bebas pergaulan sosial. Aku kurang minat keluar malam dan sebagainya.  Boleh jamin keselamatan.
2. Supaya rasa selamat - agar orang tak tengok kita. Masalahnya, di Malaysia ni orang berniqab bukanlah dalam golongan majoriti. Jadi, kalau aku berniqab, mesti orang akan perhatikan aku. Tak dapat nak capai objektif.
3. Dan sebab lain yang related dengan sebab no. 1 & 2.

Tapi, aku terlupa. Yang hanya boleh lindungi aku adalah Allah. Bukannya niqab.

Dan setelah belajar dan merujuk, aku yakin aku akan berniqab satu hari nanti. Bukan bermaksud masa tu aku dah "bersedia" untuk berniqab, tapi Allah dah izinkan.

Semuanya dengan izinNya. Dan doa restu mother.

Cepat tak cepat, berani tak berani pergi umrah awak ke lambat, semuanya kerana Allah. Dia yang akan jadikan semuanya.

5 comments:

Zerd said...

Setuju dengan "bila dah sampai jemputan dari Allah" tu.

Happened to my parents, dari segi persediaan diri (ilmu-ilmu agama) they are more than ready (my ayah is an ustaz). Kitorg pun bukan family yang senang, kumpul duit, bila dah cukup mesti ada hal lain yang nak kena pakai duit tu. Kumpul lagi, and still duit tu pakai untuk hal lain. They never regret tapi biasalah culture orang kita yang asyik tanya kenapa tak pernah pergi umrah & haji lagi.

Jemputan tu memang sampai tanpa diduga. Duit masih tak cukup untuk pakej 2 orang, tapi ada hamba Allah yang datang secara tiba-tiba nak bayarkan pakej umrah untuk ayah. Semua berlaku dengan pantas, macam jemputan tu dah tak boleh tertahan lagi. Alhamdulillah dapat my parents ke sana.

I'm waiting my turn. Semoga dapat menjadi sebahagian dari jemputannya. InsyaAllah, Amin.

aliaaroslan said...

@Zerd In the mean time, kalau belum dapat ke sana lagi, jangan rasa tak best. Di mana-mana saja kita boleh bersolat dah berdoa, sebab seluruh dan dan alam ni milik Dia. Dia maha mendengar dan melihat semua perbuatan umatNya.

Saya doakan mudah mudahan awak dapat ke sana, insyaAllah. Amin

SueGinola said...

Setuju tu Aliaa...
Muda ke tua ke kalau dapat panggilan dari ALLAH memang kitalah jadi tetamunya...

Seronok dengar orang muda-muda sihat-sihat dapat pergi Umrah or Haji...

In sya ALLAH, harap saya pun dapat panggilan ke Umrah dan Haji masa ketika sihat dan cergas lagi...

aliaaroslan said...

@SueGinola InsyaAllah sue, doa jangan putus. Walaupun dah pernah pergi, kena terus istiqamah buat yang terbaik. Amin, saya doakan...

Huda Ramlee said...

Yup, setuju sgt. Kalau dh rezeki untuk jadi tetamuNya jalan tu akan dipermudahkan. Money isn't everything. Duit berkepuk pun belum tentu ada rezeki nak jejakkan kaki ke sana.