Kami book flight ke Medan ni bulan August kalau tak salah. Memang awal sebab masa tu MAS ada buat promotion. Semua ahli keluarga pergi, kecuali family Aiman sebab diorang tak dapat cuti. Kaedahnya, mama sponsor flight untuk semua orang, RM5k++, ayah sponsor hotel 4 bilik, RM2k++. Then aku dan Maisa chip in RM1k seorang. Duit shopping sendiri-sendiri, tapi of course mamat mengendenggg. Hahahaha. Yang RM2K yang aku dan semai chip in tu, kami dapat cover transport hantar dan ambil from Bandar Seri Putra ke KLIA, transport 4 hari di Medan, duit makan dan entrance fee (yang berkaitan).
Transport 4 hari kat sana, aku duk google sana sini, cari supir yang ok. Last last aku landing kat blog siapa aku tak ingat, then aku dapat no telefon dan email address orang ni :
Pak Arby. No telefon +62812 6587 7976. Email : travelmedan07@gmail.com.
So seawal jam 5.00am kami dan bertolak ke KLIA, naik 3 MPV : Exora ayah (kawan mamat drive), ALZA mama (kawan kenu drive) dan kereta aizat (kawan mamat). Kami bayar duit tol dan minyak kereta serta upah drive. Sampai di KLIA, terus buat self check in di kiosk MAS, dan terus drop in luggage. Total semua ada 10 dewasa dan 1 kanak (kalau ada 2 atau lebih baru kita panggil kanak-kanak).
Sofea blurrr siap dengan baju princess elsa |
mother kena dera jaga sofea dan jaga bagSSS |
alim kena pakai bedak |
Flight takde delay. Semuanya ontime. Flight pon tak lama, dalam 35 minit je rasanya. Tak sempat nak terlelap.
Cuma bila sampai kat airport dia (Kuala Namu), kena tunggu beberapa ketika sikit sebab arrival card dia habis. Kena tunggu pegawai imigresen dia pergi ambil, isi then barulah boleh pass thru dengan mudah.
Oleh kerana dah booking transport semua, keluar je kat arrival hall terus ada orang pegang kertas nama MR. ALIAA. I guess kat Indonesia nama Aliaa ni unisex lah kot kan.
Amekkau, sekali dapat van gedebak besau gile ni. Puas hati. By the way, untuk transport ni kami dapat RM280 x 4 hari = RM1120. Termasuk airport pick up, drive ke mana-mana di Medan ni untuk 4 hari, dengan van gedebak ni.
Dari airport nak ke Medan ni dalam sejam lebih jugak, dengan macet segala bagai. So sebab kami pun tak breakfast ape, kami decide untuk stop makan brunch. Kami makan nasi padang di Restoran Simpang Tiga. They say this is the best place to eat. Well, harga pon boleh tahan mahal.
sofea masing loading |
Lepas tu kami terus ke hotel, Aryaduta Medan. Memang betul-betul tengah Medan.
Kami ambil 4 bilik. Lepas solat dan freshen up, kami terus keluar. Semangat nak shopping telekung ni.
Kat tempat kami shopping tu, unfortunately takde sape ambil gambar!!! Dahla I ols sibuk bersin-bersin sambil pilih telekung dan kain batik. Ohoiii...
Kami pergi ke :
Kedai beli telekung, kain batik dan kain pelikat.
Ada satu je tempat yang jual factory outlet branded clothes.
Then last sekali Medan Mall.
Kat Medan Mall ni kami jalan-jalan sikit then dinner terus.
Nasi goreng udang. |
Settle bershopingan semua, kami balik hotel. Rehat-rehat, tengok TV dan tidur.
Tapi diorang ni sempat je...
0 comments:
Post a Comment