Thursday, February 5, 2015

Medan Day 2 - 24 December 2014

Haaa hari ke-2 ni perjalanan kami memang jauhhh... Dari Medan nak ke Danau Toba, Berastagi dan balik ke Medan. Nampak sikit kan, actually jaraknya tak jauh pun. Tapi sebab jalan rayanya takde highway. So, faham-faham je lah. Medan ke Danau Toba ambil masa 5 jam lebih macam tu.

Kami gerak awal pagi, pukul 6am dah bertolak. So sempat nampak sunrise masa dalam perjalanan.


Stop kat stesen minyak untuk isi minyak dan beli roti dan air sikit untuk alas perut sementara nak sampai ke Danau Toba tu. 


Dan buat pit stop di kedan Teng Teng yang jual perbagai jenis produk kacang based. Aku ada beli untuk souvenir kawan-kawan di office. 



comel ke?
Setelah berjam-jam, kami pun sampai di kawasan Danau Toba. Haaa gambar-gambar ni snap dari dalam van je tau. Kami tak berhenti sebab kawasan tak sesuai. 





tasik - awan - gunung


Kami berhenti lunch di kedai di kawasan danau toba ni. Kawasan sini majority nya orang berketurunan batak karo, yang makan B1 (babi), B2 (anjing) dan B3 (kucing). Ni satu-satunya kedai makan halal di kawasan danau toba tu. Bersih kedai dia. Harga murah kalau nak compare dengan kedai semalam dan sedap masakan padang dia. 











Settle makan, rehat dan pergi toilet, kami teruskan perjalanan lagi. Jauh lagi perjalanan ni... Dan kami singgah di satu port yang best untuk ambil gambar. 



selfie tahap dewa







ni pon sama tahap dewa

Kemudian kami jalan lagi menuju ke Berastagi. Lepas beberapa jam, singgah di tempat yang jual teh halia ni. Beli teh halia dan goreng pisang panas. Tapau makan dalam van.

nak buat teh halia tu


ni la tempat teh halia tu




Jalan punya jalan, finally sampai kat Berastagi. Jom naik kuda dan kereta kuda. Supposedly Berastagi ni macam Cameron Highland lah. Tapi tak sesejuk cameron dan buah serta sayurnya not as fresh as cameron.



jagung bakor sedap. dia ada rasa pedas-pedas sikit



Lepas tu, kami shopping souvenir. Ada beli buah limau dan salak nak makan kat hotel. Then kami pon bertolak balik ke hotel. Sampai di hotel jam 8.30 malam macam tu. Semua kepenatan tapi alim, mamat dan kenu slumber pergi swimming pool lagi. End of day 2.

2 comments:

kehidupan sihat said...

seronok ye bercuti :)

salam perkenalan

aliaaroslan said...

@kehidupan sihat terima kasih kerana membaca. salam perkenalan.