Lepas zuhur baru keluar, terus ke shopping mall yang baru di medan tu. Tak sure apa namanya tapi yang pasti ada Lotte Mart dalam tu. Pergh, memang kuat pengaruh Korea kat Indonesia ni.
Kami window shopping je sambil tergezut bahawa ada golongan class atasan (kaya raya) di Medan ni. Serius macam caya tak caya. Tapi caya jelah kan.
Dah penat jalan kami ke food court dia. Kaedahnya ialah style touch n go, refill kad dengan duit then beli. Baki nanti boleh refund bila pulangkan kad. Mother pergi tanya kat orang yang tengah makan yang pakai tudung, kedai mana yang halal makanannya, so kami pon beli kat kedai tu aje.
ni kadnya |
Tak berapa nak ingat ape nama set makanannya, yang pasti semorang kenyang gile sampai ke malam. Lepas penat jalan kat mall tu, kami pergi lagi seround tempat yang jual baju factory outlet tu. Shopping sikit lagi mana yang tak sempat ambil haritu. Petangnya kami balik ke hotel. Mother urut sementara tu aku dengan yang lain jalan-jalan kat shopping mall sebelah hotel. Ha amek kau shopping mall sebelah hotel je. Lepas dan jalan-jalan barulah aku balik hotel, nak urut jugak. Ada orang datang ke bilik untuk urut. Best memang best lepas tu esoknya demam urat. Maklumlah tak biasa berurut.
Settle semua kami turun ke lounge hotel nak dengan lounge music.
mother tengah tunggu lounge music |
tunggu punya tunggu, takde jugak. So kami naik lah bilik je rest kat bilik sambil kemas bag. Kejap je dah siap kemas, sebab memang dah tau strategi nak kemas beg nya kan. Lepas tu tidur.
Hari terakhir, kami bangun macam biasa dan breakfast di hotel.
Budak-budak ni memang pergi mandi swiming pool lah lepas dah breakfast tu. Celup sekejap pon jadi la kan. Lepas tu kami bersiap dan keluar ke Medan mall lagi sekali. Dah jalan-jalan kat medan mall, beli mana yang nak beli lagi, then balik ke hotel dan check out.
Masa pergi, ok je. Bila balik, beg dah beranak pinak. Sampai kenu kena duduk depan.
Sampai di airport, ada sorang yang tolong uruskan check in kami. Dia sama company dengan supir tu. So kami pantau aje ape dia buat.
gitu sangat |
yang baju kotak-kotak tu yang uruskan check in |
Lepas tu kami solat dan makan di AnW di airport tu. Sambil tu jalan-jalan sebelum masuk ke security. Then dah takde apa nak buat, kami pun lepak je kat tempat menunggu.
Ok ni gambar-gambar 3 stooges yang beli baju sama.
Rupanya flight kami delayed 2 jam. Sebab cuaca tak berapa elok. Kami diberi makan makan oleh MAS. Then tunggu lagi sampailah dipanggil untuk boarding.
Flight kami smooth aje alhamdulillah. Sampai aje, terus dan ada orang tunggu. Sampai aje rumah, simpan semua beg di rumah mother dan aku balik ke rumah aku. Masa tu dan pukul 12.30 tengah malam lebih, geng lelaki nak keluar makan. Aku malas nak join. Aku mandi dan tidur.
mak nenek sangat |
Kalau ke Medan, wajib ke Danau Toba. Kami ke Medan ni nak reminisce memory mother yang masa kecik-kecik dibawa oleh atuk dan nenek ke sana untuk holiday. So nanti aku ada anak cucu kenalah bawak ke sini Medan jugak.
It was a good holiday. Tak pack sangat, santai aje. Kita sudahi entry Medan trip dengan.......
Bunga ni aku beli kat Medan mall. 1,000 rupiah sebatang = 30sen. Aku beli 50 batang amekkaw!
Suddenly pasu lagi mahal dari bunga. Eh.
2 comments:
Hehehhe...danau toba tu memang lawa...tapi masa kami pergi hari tu....kereta kami rosak..duklah tengah hutan tu sampai pkl 1 pagi...seram kalau giingat balik...seronok kan bercuti bersama family...memang hapenning...
@wa sampai 1 pagi? nasib baik tak pergi sorang-sorang. danau toba memang cantik...
Post a Comment