Tuesday, January 13, 2015

May in Korea 2014 : Day 7

Hari ke-7 kami di Seoul tahun lepas (2014), kami keluar berjalan, mother tak join. Kasi mother rest, rehatkan kaki semua...

Plannya kami nak ke Hangang Park, nak feeling dating macam drama Korea sangat. Ok, kami belum peluk lagi artis K-Pop ya, peluk poster je. Eh.

Lepas breakfast ala kadar, kami ambil subway ke Hangang park tu. Tapi tersalah turun station. Patutnya turun satu station sebelumnya. Tapi kami menapak je pergi ke Hangang Park tu. Tabah!

Katanya Han river ni tempat famous shooting dan artis Korea berdating. Tapi seketul pon kami tak jumpa. Agaknya sebab kami duduk bawah pokok sambil tidur je kot. Rest, angin memang best. Sejuk macam dalam aircond office aku ni je.




bangunan coklat emas belakang tu lah 63 building.

63 building ni bangunan kebanggaan orang Korea. 63 tingkat je pon tapi memang canggih katanya. Aku pernah pergi situ masa 1st time datang korea. Tapi tak naik pon, just ronda mall bawah dia dan snap gambar dari luar bangunan tu je. 




best gila air sejuk ni. dari Jeju katanya.
Dah boring baring-baring snap gambar dan tengok Widad tidur dengar bestnya, Alim pon pergilah sewa basikal. KRW3,000 untuk 1 jam. Ni ha video alim naik basikal nak mengorat awek Korea dan aku tumpang naik 40 saat je untuk ambil video lagi satu.








Ha, kami patutnya turun kat station Yeouinaru, tapi pergi turun kat Yueido. So dekat je sebenarnya takyah menapak sepenuh hari pun. 


Dah boring-boring, perut pon dah lapar, kami decide nak balik guesthouse. 

kalau tamak snickers memang makan yang camni punya. double you!

As usual mestilah nak ronday Myeongdong dan Namdaemun. Masa tu dah lapar nak makan tengah hari. Fikir punya fikir, haaaaaaa kami tak pernah try lagi nasi goreng seafood kat Yooganae. So kami pun jalan-jalan cari kedai tu. Tengok map kat internet macam susah je. Tapi jalan punya jalan, tiba-tiba terjumpa. Tak berapa complidated nak ke kedainya. 


shopping tak kat Myeongdong ni?




Kami ambil nasi goreng seafood (eh, ke nasi goreng sotong?) untuk 3 orang. Free flow kimchi, which yang aku sorang je makan. Sedap kau. Habis aku settlekan kimchi suma. 

widad nak start shooting

nampak macam sikit kan untuk 3 orang. alim je dah 3/4 dari pinggan tu. tapi, kau, cukup tau. kenyang gile kitorang. tersandar siap.

tadaaa. dah siap masak

semuanya orang kedai tu masak. kita wait and see je. literally.

dalam pada kenyang tu, haruslah nak membeli strawberry milkshake dan kopi. 



Lepas dah kenyang makan dan puas minum segala bagai, kami tapaukan kebab untuk mother. Balik guesthouse dan bersiap-siap nak keluar. Petang tu nak kena pergi ke President Hotel untuk register conference (esok) dan ada conference dinner. 


alim jumpa senior Hyun Bin dalam army, masa conference dinner tu


Haaaa tu la untungnya mengajar kat university yang ada student foreigner. Boleh pergi pelbagai jenis conference. Hehehe...

Gambar buffet dinner tak sempat snap sebab kami makan then balik terus. Talking about that, makanannya ada pelbagai. Menurut penganjur, ayam daging tu semua halal. Tapi being a hotel, macam mustahil dia nak sediakan camtu, tambahan ni international conference. But as usual, ada je orang islam baik yang Malaysia or Indonesian belasah je makan semua ayam daging dihidang. We ols makan seafood and veges only. Well, ape nak kisah dengan ayam daging kalau salmon sashimi, tuna sashimi, sushi scallop dan octapus dilambak depan mata kan. Not to mention seafood lasagna dan prawn mayo salad. Kimchi takyah cakap, ada lebih 10 jenis kalau tak salah. Aku rasa tak pengsan pun kalau tak makan ayam daging sehari. The choice is yours kan.

ni pinggan aku masa 1st round. ada kepah, sushi yg atas dia ada udang, isi ketam gaul mayonaise, salmon n tuna sashimi, n of course kimchi. ape nak heran ayam goreng kan...


Nape balik awal? Sebab presentation untuk conference esoknya tak siap lagi wei. Aku la yang tak siap lagi. Mother dah siap awal-awal dah.

Balik tu, siap-siap kan slide presentation, edit apa yang patut, then siapkan baju (belasah je), then tidur.

6 comments:

NEKCIK said...

jimat tambang bila ada conference ni kan..

Shahrizat said...

betul..kalau dah ada seafood , memang ayam dan daging tak berapa nak laku..hehehe sedapnyaaa

Anonymous said...

hehehe bestnyaaa lahai. boleh jalan sana sini.. dulu first trip oversea pun ikut spupu conference gak.. dok hotel free hakhak..

aliaaroslan said...

@NEKCIK Kali ni conference fees, tempat tinggal dan flight semua saya bayar sendiri sebab memang plan nak bercuti pun asalnya. So tak claim dari university ;)

aliaaroslan said...

@Shahrizat ayam daging senang kita nak cari makan kat malaysia. kalau seafood kat korea memang fresh2. rugi tak rasa ;)

aliaaroslan said...

@CT Humairahconference tu sampingan je... yang utama nak jalan2 dan shopping hehe