Dah settle ambil ticket train, kami berlepakan aje di Seoul station tu. Nak naik train, belum masanya lagi. Kami online je sebab wifi free dan main game kat phone.
Tiba masanya kami pun turun kat platform, masukkan luggage dalam train dan duduk terus.
Yang lain-lain tidur, aku je terkelip-kelip mata tak boleh tidur. Layan main games sampai tak larat dan online sekali sekala bila wifi ok.
Lepas 2 jam 40 minit, sampailah kami di Busan station. Terus naik subway ke Haeundae. Nak pergi balik hostel haritu.
Settle simpat beg kat bilik, kami semua dah kelaparan. Waktu pon dah pukul 4 petang lebih, so kami pon jalan-jalan cari makan.
Kami nak makan belut goreng sambal yang sedap macam kat Jagalchi market haritu. So kami pun pilih ka kedai makan yang ada jual masakan tu. Order jugak sashimi. Tapi tak tau ape nama ikan dia.
Tapi ternyata belut sambal kat Jagalchi lagi sedap. Sup ikan dia pun kureng sebab masin kemain. Dah tambah air pon masih masin lagi. Tapi tetappp habis licin semuanya, maklumlah kelaparan. Kedai ni kat deretan kedai di Haeundae market. Harganya jauh lebih mahal compared to di Jagalchi market. Semua set kami makan ni dalam KRW120,000. Kali ni makan sila jangan convert.
Puas makan belut dan ikan mentah tadi, termasuk semua side dishes dia tu, kami pun terus jalan-jalan di Haeundae beach. Jalan-jalan, duduk, ambil gambar, jalan lagi. Kami jalan hujung ke hujung.
Siap kami berhenti duduk tengok persembahan free. Well, street entertainers memang ramai, merata dunia. Cara cari duit. Nasib baik diorang tak minta sedekah ye tak.
Dah nak dekat maghrib tu, kami duduk di mango six. Minum kopi (aku lettew), orang lain minum air lain, makan bagel, etc dan layan sunset.
amboi pelancong sangat beli souvenir kat kedai kopi |
Lepas tu kami layan blues sambil jalan kaki balik ke hostel. Sampai hostel, mandi dan asingkan baju yang nak pakai balik esoknya.
Buka semua beg dan kemaskan baekkk punya. Asing-asingkan barang-barang, jangan sama jenis barang dimasukkan dalam beg yang sama. Contohnya kan kami beli banyak pencuci muka daiso tu kan, so kami bahagikan kepada semua beg. Memang berkeliaran la barang-barang tapi ni memang teknik packing yang bagus kalau kita shopping barang secara banyak. Salah satu sebabnya nak elakkan kena cukai yang bukan-bukan di airport Malaysia tu nanti, sebab dah pernah kena masa ke bandung tahun 2013 dulu.
Tak lama pun kami mengemas barang. Settle semua kami pun tidur. Dah set alarm supaya jangan bangun lambat sangat. Lagipon dah janji dengan ahjusshi pukul 9.00am.
0 comments:
Post a Comment