Wednesday, January 28, 2015

ape lagi, rotan la...

Hot ke warm isu dah ni?

Benda yang aku selalu ingat pasal rotan merotan ni, ialah Aiman. Dia mamaaaaangggg la drama King kalau bab kena rotan ni.

Dia kan nakal. Alah, tahap nakal budak-budak lelaki lah kan. Main basikal tak reti nak balik sebelum maghrib. Pastu ape orang punya dia pun nak jugak. Bab membuli pon dia paking ketua sekali.

Dia punya drama tu, mother baru ambil hanger, dia nak nangis meronta-ronta bagaikan dah kena libas 5 round. Ha, boleh imagine tak?

Ada satu malam tu, kami pergi ngaji. Masa kat tempat ngaji tu dia main dengan rehal jiran kami, pastu terpatah. Pastu balik dari ngaji tu dia diam je takde kasitau mother. Sekali makcik yang anak dia punya rehal tu cerita lah kat mother. Haruslah mother tergezut lalu nak marah. Malam esoknya jugak mother suruh dia pergi rumah makcik tu, kasi duit nak ganti rehal tu. Pastu aku pon kena escort dia sekali sebab nak jadi saksi penyerahan wang tersebut. Sampai kat rumah makcik tu...

*aiman dah start nangis ye on the way ke rumah makcik tu*

Aiman : Makcik, ni mama suruh kasi duit rehal

Makcik : Eh takpe. Takyah ganti. Takpe.

Aiman : Makcik ambik lah duit ni. Kalau tak nanti mama pukul. Sakitttttt *nangis lagi macamkan dah kena pukul pon*

Makcik tu pun ambil duit tu.

Kau nampak drama dia kat situ?

Eleh, itu baru satu dua episode hanger dan cubit. Belum episod lain lagi. keh keh keh



Aku pon kena gak pukul. Tapi aku kan ego, kena pukul mane nak nangis. Tahan je air mata tak nak keluar.

Sebenarnya bukan tak nak nangis, tapi takut kalau nangis nanti kena pukul lagi. Sebab kalau kalau lepas kena pukul, then nangis, memang mother time tu sambil ketap gigi cakap "ha, nangis lagi nangis lagi nanti mama cubit lagi". Boleh bayang tak? Sambil ketap gigi dan urat leher naik. Pastu kau berani nak nangis? Memang tak lah.

Lagi satu kalau pergi rumah orang, memang aku konfem bersopan takkan punya carik nahas nak tumpahkan air ke, usik hiasan kaca orang rumah tu ke. Tapi yelah sebab aku dah besar. Entah2 masa aku kecik pon aku sama naik nakal kan. Kalau Aiman dengan Maisarah memang siap main bola dalam rumah orang tu. Ha, memanglah tak kena pukul depan orang, kau tunggu masuk kereta nanti. Kalau lepas adegan pecah barang orang rumah atau tumpah air or makanan, memang kau akan dapat jelingan maut mother tu ha. Dari situ je ko dah tau ko bakal di ketuk kepala, atau cubit kat perut or peha, atau settle bila sampai rumah je nanti. keh keh keh.

Tapi, time tu, takde pulak aku terfikir nak lari pergi report polis ke, ngadu kat atuk / nenek / tok / tokwan / makcik / pakcik aku or even cikgu sekolah pasal kena pukul ke ape kan. Well, part of it mama pon cikgu sekolah aku lah pulak kan. But the tujuan is tu protect out family secret. Means tak perlu orang luar tau.

Nabi kata gantung rotan kat rumah, kasi anak-anak takut dengan peraturan. Mother pakai lirikan mata je, pon kitorang dah takut. Amekkaw!

1 comments:

zulhilmitempoyak said...

tgok anak hari ni. hasil tanpa rotan dan rotan.