Wednesday, January 14, 2015

May in Korea 2014 : Day 9

Kami bangun awal, breakfast ala kadar dan terus ambil teksi ke President Hotel. Dari Namdaemun Guesthouse tu, dalam 10 minit perjalan, tambang KRW4,000. Nampak macam lama perjalanannya kan. Ini semua gara-gara peak hours orang nak keluar bekerja.


Boleh tahan lama jugak kami menunggu. Akhirnya da 3 buah bas yang datang dan akan bawak kami jalan-jalan. Conference trip katanya, pastu pulak free, termasuk entrance fee semua free. Marilah kita join.

menunggu bas
First destination, Gyeongbukgong Palace. Aku dah pernah pergi sebelum ni. Time penuh snow. Dan kali ni ada orang tukang ambil gambar. Baru best. hehehe



Cuaca hari tu kejap berangin sejuk, kejap panas kedengkang. So memang jacket on-off.




Seriously memang ramai gila orang. Rombongan sekolah lah, rombongan pelancong jepun dan cina lah, pelangcong omputih pun sama ada. Yang rombongan sekolah lak, sekolah rendah ada, menengah ada, tadika pon ada. Memang tempat-tempat tourist attraction ni penuh dengan orang local dia je.

Kat gyeongbukgong kami tengok changing guard ceremony.








Lepas habis ceremony tu, tourist guide bawak kami tengok sekitar kawasan palace tu. Tourist guide kami ni memang ler agak menyakitkan hati. Dia treat kita macam budak tadika lak. Suruh kira ikut nombor lah, pastu suruh jalan cepat-cepat lah padahal group kitorang tu ada yang mengandung, ape lah. Last sekali kena sound dengan mother, amekkau. Terus dia cool down sikit.






cantik pond ni. siap ada pavilion tengah-tengah tu


Kami keluar ikut gate belakang bahagian palace tu, terus jumpa jalan masuk ke Blue house, a.k.a rumah and office president Korea.



ada banyak bodyguard camni kat kawasan blue house entrance tu

Lepas tu kami pergi ke shrine mana entah. Kami lepak kat luar je, sambil aku minum kopi beli kat convenience store tepi-tepi shrine tu.

Lepas tu kami ke Insadong. Jalan-jalan je... Insadong ni kiranya tempat traditional Korea la. Almost semua signboard kedai memang ada tulisan Korea jugak. Termasuklah starbucks.



Lepas tu kami dibawa untuk lunch di Korean traditional restaurant. Makan Dol Sot Bibimbap. Dol Sot maksudnya lesung batu panas. So lesung batu / mangkuk batu tu dipanaskan, then letak nasi dan pelbagai jenis sayur atasnya, then pecahkan sebiji telur atas dia. Bila nak makan, tuangkan Gohchujang, which is sambal dia, dan gaul. Makanan dalam tu akan sentiasa panas sebab lesung batu tu lambat sejuk.

mangkuk kecik atas yang ada sos merah tu lah gohchujang

side dish dia sedap gila

Lepas lunch tu ada trip ke namsan tower pulak. Tapi kami tak join dah lepas lunch tu sebab dah penat dan cuaca panas sangat dan dah pergi namsan pun. So from the restaurant kami berpisah dengan group tu, ambil taxi dan balik ke guesthouse.

Kat guesthouse kami releks sambil tidur. Aku layan drama worlds within kat tv, pasal ada hyun bin dan song hye kyo.


Lewat petang tu kami jalan-jaln di Namdaemun market. Shopping last kopek sebelum nak packing malam tu. Esoknya pagi-pagi kami nak balik Busan dah.



hebat atuk ni

borak sambil makan
Sebelum balik kami lepak di Holly's Coffee.






Sampai semula kat guesthouse, settlekan semua packing. Lepas tu baru tidur.

2 comments:

Anonymous said...

berapa kilo agaknya luggage bawak balik eh hehehe.. okay CT tnggu next entry hehe

aliaaroslan said...

@CT Humairah saya dan mother ambil 30kg, widad dan alim ambil 20kg...