Monday, January 19, 2015

13 January, 18 years ago

This was the day that I registered in Maahad Hamidiah Kajang.

Excited jangan cakap. Malam sebelumnya siap bangun tidur berapa kali entah.

Baju dah packing seminggu sebelum. Maklumlah nak masuk asrama. Kemain lagi siap buat senarai barang bagai.

Tapi nervous pon iye jugak. Yelah, kat sekolah rendah dah jadi senior, masuk sekolah menengah jadi junior lah pulak kan.

On the day itself, registration semua smooth. Hantar beg ke dorm, jumpa akak senior sebilik. Masa tu bulan ramadhan. Penat berpuasa, tapi diatasi excited.

Dan, bermulalah orientasi tingkatan 1 yang sungguh mencabar.

Takde pon ragging ape semua tu. Lebih kepada nak train kehidupan berasrama dan hormat menghormati.

Asrama sekarang ni menakutkan lah. Budak-budak making canggih. Warden salah sikit, habis video jadi viral. Aku dulu setakat nangis-nangis ngadu ngan mother je, itupon call pakai public phone. Pastu ayat mother ialah "biasalah tu, duduk asrama". Hujung minggu, bila boleh keluar bandar, aku balik rumah. Hahahaha

0 comments: