Wednesday, November 13, 2013

cook & store

haritu SueGinola ada request untuk minta saya ceritakan macam mana kalau nak simpan makanan yang dimasak untuk tahan lama.

actually saya atau mother, biasanya akan masak untuk alim punya lunch, since weekdays kami berdua takda di rumah waktu siang.

so, kaedahnya, masa weekend, saya akan masak dalam amount yang banyak. siap je masak, masukkan dalam bekas / tupperware bertutup. setiap bekas tu isi amount lauk yang cukup dimakan untuk sekali makan tengah hari. well, oleh kerana amount lauk yang alim makan biasanya double yang saya makan, so saya akan agak-agak banyak mana yang cukup untuk dia makan tengah hari. kasi kenyang sampai petang punya, sebab dia sekolah petang dan dia tak suka beli makanan di sekolah.

memang bekas / tupperware perlu banyak, kalau sehari satu, kiranya seminggu perlu 5 bekas. kalau ada 2 jenis lauk, bekasnya pon double. nasi pulak alim akan masak sendiri. kat rumah ni mother memang beli beras wangi jasmine tu. kalau tak salah, 5kg for RM40.00 macam tu. harga beras pon turun naik, bergantung pada sale jugak kengkadang. reason makan beras mahal ni sebabnya beras ni tahan lama dalam fridge.

so kiranya setiap hari alim akan senduk dalam pinggan amount nasi yang dia nak makan, panaskan dalam microwave. then panaskan sebekas (atau dua bekas) lauk dalam microwave, then makan. kengkadang dia goreng telur sendiri. tak takut sangat dia menggoreng telur sebab mother pakai dapur elektrik yang kalau takde kuali atasnya, dia automarik off sendiri. ni apehal cerita pasal goreng telur lak ni.

jadinya, lauk-lauk tu memang sekali makan, habis sebekas. tak mengganggu portion yang lain. so, lauk pauk boleh tahan lama. takde lah panaskan beberapa kali yang boleh menyebabkan lauk-lauk tu cepat jadi tak elok.

kalau saya buat lasagna / pasta baked pulak, memang sekali buat 1 tray besar. so alim akan senduk amount yang dia nak makan dan panaskan yang itu aje.

kalau nak tahan lamaaaa lagi, simpan dalam freezer. bila nak makan, keluarkan dari freezer, thaw dulu barang setengah jam. then boleh panaskan dan makan!

2 comments:

SueGinola said...

Ooooo.......
Thank you very much Aliaa....baru ku tau macamana caranya...
Selama ni tau simpan dalam peti ais tapi dalam satu bekas sekali....patutlah sekali makan lepas tu dah tak berapa nak elok kan...rupanya ada cara yang lagi betul....thanks....

aliaaroslan said...

@SueGinola konsepnya senang je. selagi makanan tu tak berusik lepas dimasak, simpan dalam fridge (kalau dalam freezer akan tahan lebih lama), insyaAllah dia elok n tahan lama.