Thursday, November 7, 2013

Semai's Degree Convocation

2 minggu lepas, majlis konvokesyen degree Semai. Kat mana lagi kalau bukan di UPM. UPM di hatimu, mother! Oleh kerana konvo nye sesi petang, watak tempelan ini pon bajet nak datang lepas sesi lah, ambil gambar bagai kan.

So kami semua asar di office mother, dan terus bergerak ke dewan besar UPM. Mother bertugas dalam dewan dan father ialah menjadi tetamu dalam dewan jugak. Watak tempelan lain silalah tunggu di luar dewan. Huahuahua...

Kami beli bunga siap-siap. Untung jadi orang yang berkonvo ni. Bunga fresh konfem dapat. Kebanyakan penjual jual bunga rose.

Kisah penjual bunga pulak, plan asalnya aku nak kasi bunga plastik. Tapinya nampak tak cantik, macam tak meriah. Pastu pulak ada habuk celah-celah kelopak bunga tu. Ni entah dah berapa lama la bunga ni kan. So marilah kita beli bunga fresh, boleh menaikkan semangat you all.

Layanlah gambar-gambar yang kami ambil di luar dewan. Dari sementara menunggu orang keluar dewan, bergambar sakan depan dewan, posing sampai sakit pinggang, hinggalah pulang.



mak nenek tu ha. 



Sofea ialah takut kepada misau Tokwan

tengok, maklong dukung. releks je sofea.


ok, sofea dah makan plastik bunga

mother baru keluar dewan. sebabnya ada jamuan teh dalam dewan tu bersama pro-chanselor

marilah kita memeriahkan lagi suasana panas di luar dewan itu

kami geng graduan UPM. mother got her bachelor and masters from here. semai got her bachelor. saya dapat masters di sini. 

tokwan menggunakan teknik umpanan terhadap teddy bear dan bunga pelik untuk meraih perhatian sofea. oh, tokwan pon dapat bachelor dari UPM juga

ini kroni UiTM pulak. Kenu dan Widad insyaAllah habis diploma tahun depan. Semai got her diploma from UiTM. Siti Soleha tudung pink tu baru habis diploma. Saya dapat bachelor dari UiTM. 

kami ialah menggunakan teknik "marilah ambil gambar sendiri jika tiada orang nak ambilkan gambar"

itu dia sofea telah berjaya mendapatkan bunga pelik dari tokwan

kenapa muka sofea ialah sangat behave bila grandma dokong?

sofea tengok banyak tahi lalat di muka grandma dan bertanya "it's not shiny grandma, so why are you wearing you sunglasses?"

ape yang kelakar tu?

ya, kasihanilah kami yang tiada siapa pun mahu ambil gambar kami. 

tengoklah OOTD saya pada hari tersebut. baru balik conference lah katakan. Tudung bawal je. Shirt from POLO. Pants fron Dorothy Perkins and shoes from Clark's. Handbag yang bright yellow tu? From an indie designer from Korea, Full leather. 


tangan maklong nampak gagah tapi sebenarnya dot dot dot...

Sofea said "eh, an I looking at my own eyes?". mata sofea dan Kenu adalah sejenis -_________-

cuba teka kasut siapa paling lama pakai? mestilah kasut saya. sebab dah 5 tahun pakai. 

semai kata "inilah produk yang saya hasilkan untuk UPM" merujuk kepada sofea. 

sofea, sila jangan geli terhadap jalan tar itu. 

siapa punya muka lagi bulat? kalau saya berdiri sama di situ pastilah saya yang menang.

tak ramai pon. yeah riteeeee...

cobaan mendapatkan sunglass grandma yang tak dibuka langsung sepanjang petang

sofea kata "jangan tinggalkan saya di padang ini".

gambar ini menunjukkan jelas bahawa saya sayang handbag saya. 


Malam tu kami pergi makan-makan di Satay Willy Nilai. Yummeh...







Till the next convocation peeps!!!

0 comments: