harini kami dapat 2 jemputan majlis kahwin. 1 di serdang, staff mother punya adik punya majlis. 1 lagi di bangi, co-supervisor PhD saya punya anak punya majlis.
kami pergi yang serdang dulu. jam 11am kami keluar dari rumah. tak pada dengan mata aku masih sembab, tapi kerana makan, aku ok je.
jam 11.30am kami dah sampai kat rumah pengantin. tapi macam tak mula lagi majlis makan nya. kami tukar tempat parking, lepak-lepak kejap dalam kereta. bila tengok dah ada orang lain dah masuk ke kemah majlis, kami pon join sekali.
makan best! ada sambal sotong lagi. aku ambil nasi hujan panas, daging redang, ayam masak kari (rasanya) dan sotong sambal serta acar buah. terus makan tak pandang kiri kanan. mother berbual dengan tuan rumah kejap. then kami pon bergerak ke bangi untuk wedding ke-2.
kat bangi tu terus kami ke gold resort club house. kebetulan, kami masuk sekali dengan rombongan pengantin. kali ni aku makan dessert, ada kuih-muih dan cheese tart. pekena teh tarik 2 cawan memang pekat melekat teh tarik dia. oh yes, aku ambil kambing bakor share dengan mother.
by the time 1.20pm, kami dah kat warta bangi. ronda-ronda beli barang-barang widad. then kami lepak kat kfc sementara tunggu aku tukar duit. money changer kat warta ni antara yang murah, kalau nak lagi murah, kat midvalley lah. tapi aku rasa ok jek sebab nak ke midvalley nanti satu kerja lak kan.
settle kat warta, kami gerak balik rumah. singgah kedai beli pisang tanduk. tapi yang ada ialah untuk goreng esok. lepas beli semua kami pon balik rumah.
nanti aku cerita pasal mata sembab. sebabnya allergic reaction kepada ubat.
0 comments:
Post a Comment