kat rumah ni, demam K-drama dah bermula kembali. siap follow artis tu berlakon drama apa, etc.
paling terkini, kami tengok The Birth of a Family dengan The Inheritors.
Sampaikan pelakon mana entah pon aku jadi suka. Actually aku suka actor dan actress yang muka typical Korean habis. Well, kalau diorang buat plastic surgery sikit-sikit tu kira standard lah, anggap je diorang nak cari rezeki. Janji kita tak ikut sama buat plastik surgery ye tak.
K-drama ni dia tak main 24 episode, setiap episode sejam macam Akasia setiap petang pukul 9pm TV3 tu. K-drama ni setiap episode ialah 40 minit atau 65 minit, drama sahaja. Campur iklan sikit-sikit, dia dia akan jadi 50 minit atau 75 minit. cuba korang cek kat drama duration channel KBS atau One (astro lah tapi). Atau cek info dia di internet. So, memang berbaloi-baloi tengok setiap episode.
Kengkadang kami suka tunggu semua episode dah habis tayang, then jalan sekali gus semua episode 3 hari 3 malam. amek kau. gigih sangat.
Walaupon ada satu joke tu aku dapat kat group whatsapp mengatakan "drama korea asyik-asyik menangis", tapi aku pedulik hape. hahahaha
aku suka hero muka macam kwang sang woo, kang ji hwan, hyun bin dan rain, etc. muka typical korean, tak mix ataupon pretty boy. heroin favourite aku han ji won dan shi min ah. diorang dah lama tak keluar. oh yes, song hye kyo dan kim tae hee sekali. of course mun guen young ialah top dalam list actress favourite aku.
siapa yang aku maksudkan ni? silalah google muka-muka diorang. lepas tu kita together-gether jatuh cinta kat diorang ok? ok...
ok bye. aku nak pergi jumpa tailor aku. bukan taylor lautner tau, walaupon semalam baru tengok lagi sekali twilight breaking dawn part 2.
0 comments:
Post a Comment