flight kami seawal jam 7.15am. kami diarahkan untuk berkumpul di subang airport the latest 6.30am dan malam sebelumnya, jumaat malam, aku cakap kat mother "ma, esok kan, kalau tak kita 1st sampai, mesti paklong dan maklong. last sekali mesti diorang" (meaning family pakteh semua).
dan, tekaan aku betul sesangat. dahla kami ni dari bandar seri putra, paklong dan maklong dari kajang. family pakteh dari shah alam. kalau ikutkan, kami dan paklong n maklong yang paling jauh nak ke subang airport tu. kami keluar rumah seawal 5.45am. rancangan awal nak keluar jam 5.30am tapi aku bersiap lembab sangat. opsss sorry.
kami sampai sharp 6.30am dan paklong dan maklong dah sampai just before us. kami solat subuh dan terus contact-contact pakteh tapi tak berjawab fon. maybe on the road lagi. kami pergi dapatkan boarding pass. tapi rupanya pakteh dan printkan. so ada 2 boarding pass kami.
|
travel light. pergi balik hari lagipun. kami bawak baju yang nak dipakai masa kenduri je nanti. |
lepas dapat boarding pass, terus jumpa pakteh. fiuhhh diorang dah sampai pon. terus ke security dan masuk tunggu di gate. comel je subang airport ni. masa kecik-kecik selalu datang sini since inilah satu-satunya airport yang aku pergi pon masa kecik-kecik, hantar nenek dan atuk pergi haji, dan tok wan pergi haji, pakcik makcik pergi oversea, etc. aku tak boleh imagine cemana subang airport ni boleh tampung banyak flight. even KLIA sekarang pon penuh all the time. total ahli rombongan, 32 orang, kami naik firefly.
|
bacaan doa dan taklimat ringkas |
|
poyo kan muka. |
|
paklong (abang mother yg sulung), maklong, mother |
lepas taklimat je terus ada announcement kami boleh board the plane. mari beratur, tunjuk boarding pass dan i/c. dan masuk kapal terbang. ini first time aku naik kapal terbang bekas jet pejuang nih. yang ada propeller tu.
|
kami duduk sebelah propeller |
|
comel flight ni. tapi selesa dan memang matching dengan jumlah penumpang pon. |
|
compliment |
|
since it was merdeka day, we've got fruits for compliment, as the first flight out from subang airport. |
|
pakteh (pak pengantin) bervideo dan bergambar |
sampai aje di KB, ada bas dah menunggu. kami naik bas dan terus ke rumah kawan sestudy pakteh masa mereka study di UK dolu-dolu. Dato' Ir. Wan (tak ingat nama penuh). Kami transit di rumah dato' tu, breakfast dan tukar baju. breakfast yang dihidangkan ada nasi dagang, nasi berlauk, dan nasi tumpang. aku makan nasi dagang lauk gulai ikan. mother makan nasi tumpang. layanan memang 1st class. best gilos.
|
bas yang kami naik |
pengantin perempuan pon bersiap sama di rumah dato'. siap semua orang, terus kami bertolak ke Pasir Mas, rumah pengantin lelaki.
kami transit lagi di kawan lapang di Pasir Mas dan naik kereta yang disediakan oleh keluarga pengantin lelaki untuk ke rumah pengantin, since bas tak boleh masuk ke area rumah pengantin.
kami sampai je, terus dihidangkan lauk pauk sedap gilos. yang the best among the best ialah laksam!!!
tak banyak gambar aku snap masa ni sebab aku terasa bahang kepanasan lalu tak mampu nak bergerak kesana kemari menyenap gambar. nak kena tunggu gambar dari fikri lah yang rajin betul ambil gambar. kalau dapat dan sempat, aku upload.
lepas makan, sesi ambil gambar dalam rumah.
|
family pengantin perempuan dari shah alam |
|
mother dengan salah sorang makcik pengantin |
|
berdiri pegang camera tu salah sorang cousin pengantin lelaki dari songkhla, thailand. belah mak pengantin lelaki dari thailand |
|
rombongan pengantin perempuan dari kajang + johor + shah alam |
|
kiri - maklong johor. kanan - maklong thailand |
lepas tu kami beransur meminta diri. kami ke masjid yang orang kelantan panggil masjid beijing (pon tak snap gambar, panasss) yang berhampiran dengan rantau panjang untuk solat dan tukar baju dan freshen up.
lepas tu kami ke rantau panjang. shopping katanya. aku dan mother beli tudung bawal. ada pakcik makcik sepupu sepapat beli toto narita, jersey, dan lain-lain.
|
inilah Ayu "I love you" to. kalau pergi rantau panjang, dan bas park depan gerai dia, Ayu yang sangat peramah dan baik akan promote kedai dan barang yang dia jual. |
jam 4pm kami terus bergerak balik ke airport. masa balik rombongan terpecah kepada dua. 1 group balik jam 6.30pm dan another group 8.30pm. kami balik yang 6.30pm punya flight.
sempat lah beli 2 murtabak di raja kat tempat waiting area tu.
|
bye bye KB |
kami sampai je, terus ke parking kereta, dan balik. by the way kami park je kereta di airport. charge park mula 6.30am dan keluar jam 7.50pm, kena charge RM30.50. kira ok lah kan dan jimat compared to kalau nak suruh sesiapa hantar dan ambil. dahla jauh rumah kami.
inilah entry terakhir wedding syahiran dan muhaimi ni. kalau dapat gambar dari fikri, nanti aku cerita lagi.
thanks pakteh and makteh yang sponsor our return flight to KB. we had so much fun! naik kereta, flight dan bas dalam 1 hari. tinggal tak naik sampal or boat je. hehehe.
congrats again syahirah & muhaimi.
2 comments:
apesal nama dia kak poh..?
mungkin sebab kepoh..? :)
bila mother lak nak bermenantu...
cer tanya mother..
@Dr Singa mungkin jugak namanya begitu. atau itu nicknamenya?
mother kata dia dah ada 2 minantu. nak dapat menantu yang ke-3 dari anak ke-1 agak take time di situ.
Post a Comment