rabu malam lepas, aku buat spring cleaning dalam bilik aku yang berhabuk setebal 14 inci setengah. buang segala tok nenek barang yang aku dah tak tengok selama beberapa tahun, especially nota-nota masa study, entah fail apebende aku pon tak ingat dan lain-lain.
ada dua benda yang aku terjumpa, yang aku tak jadi buang.
1. year planner tahun 2006, tahun akhir aku di UiTM dan aku sambung study di UPM. dalam planner tu ada laminated tag "perutaban". ini signage yang aku guna kat kereta aku, masa last time aku jadi pembantu mahasiswa (PM) masa MMS (minggu mesra siswa) yang last aku join. dalam planner tu segala mak nenek aku tulis. kelakar bila baca certain-certain part.
2. CD casing album-album Westlife yang aku bertabah simpan duit membeli. ada yang dah mispalced. ini casing nya sahaja since CD-CDnya ada lagi dalam kereta aku. duk dengar selalu pon.
lain-lain barang,yang memang aku dah tak tengok lama tu, tutup mata buang je. kalau tengok 2-3 kali konfem aku akan simpan balik.
hasilnya, 5 plastik sampah besar yang alim tolong pergi buangkan kat tong sampah besar. upahnya, aku kasi alim time extra 5 minutes untuk tengok korean variety show dia. cheapskate kan kakak dia ni.
2 comments:
5 plastik besar??ni Aliaa kena tolong buat clearance kat bilik saya pulak ni...hahahaha!...
Teringat dulu time saya masuk tahun 1999 panggil Minggu Wawasan Siswa (MWS)rupanya lepas tu dah tukar ek......kalau sebut MWS memang tak suka giler, walapun tak kena ragging tapi sebab peraturan sangatlah ketat memang kalau suruh lagi sumpah tak sanggup...hehehehehe
@SueGinola menurut cerita ceriti para senior, MWS lagi horror dari MMS. masa saya masuk, MWS tukar kepada MHS - minggu haluan siswa. masa jadi student baru memang tak suka MHS tu. tapi bila jadi pembantu mahasiswa, suka je. sebab macam main doktor2. maklumlah, biro perubatan. hahaha...
bilik saya tu entah berapa juta kasi clearance entah. asyik ada je lagi barang. hahaha
Post a Comment