1. kalau kat channel food network (astro C727) tu kan, aku suka semua rancangan masakan dia, of course termasuk chef-chef nya sekali. aku paling suka Giada. sebab dia senyum cantik dan penuh perasaan. terus terpikat. comel nya!!!
2. harini kelam kelibut dengan aku sekali duduk dengan student menyiapkan project dan poster untuk IUKL invention & innovation competition. sama naik aku pon balik lambat sebab project ni under aku. ada 2 project. tak menang takpe, just nak kasi exposure kat student-student ni cemana kalau masuk competition dan bercakap + explain pada orang lain dengan confident dan betul. dahla land surveyor ni terkenal dengan tak bercampur orang. huahuahua.. padahal aku ni terlebih beramah tamah je kan.
3. alamak, aku terlupa nak copy gambar kami masak-masak raya kat faculty haritu. esok mesti pergi jumpa colleague nak copy gambar. tak sabar nak display gambar acik yang glamour ni. glamour ke?
4. over the weekend aku asyik sakit kepala. tekan kepala sikit pon dah sendawa. aku bajet mungkin angin lah kan naik sampai kepala. siang tadi aku puasa. tiba-tiba tengah duk rancak siapkan project dengan student, aku rasa lain macam. terus cakap dengan student aku nak keluar dari class kejap. pastu terus perut rasa macam terbalik-balik (apebende ni aku pon tak tau) tapi tak pening. lepas tu terus jalan laju-laju pergi toilet. dan termuntah keluar air sahaja. habis semua, terus aku rasa ok je dan meneruskan perjalanan harian seperti biasa. buat kerja kehulu kehilir. tiba-tiba aku teringat ada orang yang migrain sampai muntah-muntah. tapi aku tak tau migrain tu rupa sakit dia macam mana. tapi so far sampai sekarang dah ok. cuba masa berbuka tadi memang tak ambil makanan berat-berat.
5. dalam pada tak ambil makanan berat-berat tu, habis satu slice lasagna aku belasah. saiz ala-ala kat secret recipe tu ha. semalam aku buat satu tray besar lasagna. bila potong-potong dapat 12 slices. semalam je alim dah belasah 3 slices dan malam ni 2 slices. sedap sangat lasagna maklong kan.
6. ape ni, kejap acik, kejap untie, kejap maklong. mane-mane yang sempat je lah kan. keh keh keh...
7. dalam group whatsapp geng sekolah rendah ialah selalu cerita pasal masak dan makan. maklumlah dah umur-umur kami cenggini kan. jangan cakap kaum perempuan je, kaum lelaki pon sama jugak, siap tanya recipe nak surprisekan isteri kekononnya.
8. macam tak percaya kami still keep in touch. jumpa tak kerap mana pon tapi masing-masing masih kelakar dengan cara tersendiri. ada yang masih maintain control macho dan ada yang masih nak jadi bos bos (aku ler tu). tapi surprisingly semua orang tak kisah. ada di jordan, ada di perth, ada di kawasan orang asli di pahang, ada di rawang. mostly di kajang ni. memang kami sayang kajang nampaknya.
0 comments:
Post a Comment