Wednesday, September 4, 2013

Bila hari Rabu...

1. aku akan jadi stress sebab ada 2 kelas.

2. 1 kelas tu ialah jam 8pagi. so kena keluar dari rumah paling lambat jam 7.20pagi dan sambil memandu dengan cobaan penuh berhati-hati dan berharap dapat sampai office at least 5 minit sebelum jam 8pagi. just in time untuk ambil file dan laptop dan pergi ke kelas.

3. kelas yang kedua ialah jam 2.30petang, kejap lagi je. kelas dia ok, ada 6 orang students tapi sebab diorang semua final year students, kira dah macam otai kat sini. bila otai tu yang jadinya kena explain banyak benda sebab banyak betul soalan-soalan yang diorang akan tanya. maklumlah, dah pergi praktikal. so diorang akan tanya, "miss, kenapa kat site takde pon buat benda-benda miss ajar ni". walaupon soalan begini banyak aku terima, aku masih memberi jawapan yang sama.

4. jawapan kepada soalan dari student otai aku tu, aku akan jawab "one of the reason, awak hanya praktikal 3 bulan sahaja. kalau awak praktikal 4 bulan, mesti awak akan buat benda yang saya ajar ni". ok tak, aku tipu. takkan aku nak jawab macam tu kan. ok, tak kelakar. jawapan aku "sebabnya ini semua teori. kebanyakan real life problem disettlekan dengan menganbil 10% teori dan lagi 90% logic dan prakticality". amacam? ada bunyi macam pensyarah berpengalaman tak?

5. lepas habis PhD ni aku nak buat lesen. bukan lesen memandu kereta mahupun lesen memandu motosikal, which yang aku ada dua-dua sekali. aku nak buat lesen jurukur tanah. supaya aku boleh sahkan pelan akui dan sekali sign, memang seumur hidup aku bertanggungjawab terjadap ukuran tanah yang dibuat tu. alamak, aku dah off the track ape yang aku nak cerita pasal hari rabu ni actually.

6. lepas habis kelas yang kedua ni nanti, iaitu jam 5.30petang, officially habis office hour aku. tapi seperti biasa, lecturer mana ada office hour yang tetap. kerja masih melambak. document untuk disiapkan masih belum siap-siap lagi. walaupon kau dapat dekan baik macam dekan aku sekalipon, kerja tetap kena meet deadline kan?

7. balik rumah of course bertolak-tolak dengan mother siapa nak naik treadmill dulu. eleh, selalunya mother yang kena paksa aku naik treadmill tu. kih kih kih, hampeh kau aliaa.

8. lepas dah treadmill kekonon bakar 200++ kalori je tu, kau blasah makan cookies dan kuih raya barang 20 ketul. sekianlah sahaja treadmill kau tadi.


2 comments:

Ms Haslina said...

sampai opis di samping sempat ambil note n laptop plus juga sempat alas perut juga. klu tidak nanti takut jadi 'singat lapar' pagi2. hehehe.

aliaaroslan said...

@Ms Haslina saya dah makan sikit siap-siap kat rumah. sebab nanti takut jadi serigala jadian yang lapar. hahaha