Pagi tu kami breakfast makan kuey tiaw goreng. tak berapa pedas lah. tapi teringat pulak pesan sorang member, kalau makan kuey tiaw goreng / char kuey tiaw, makan dengan cili jeruk lagi sedap. Saya pernah try skali dan memang sedap. Tapi makcik dining hall ni tak sertakan skali pon. yang ada telur goreng. so blasah aje. tapi tak makan banyak pon. sebab tengah-tengah makan tu ada pulak student yang datang tanya pasal kerja diorang. so kene la cut short makan tu dan terus pakai kasut dah terus ke site.
saya jalan-jalan ke site sampai la nak dekat pukul 11am camtu. lepas tu hanah dan lin ajak ke mc donalds. saya agak malas nak pergi sebab nanti ada student yang cari tapi diorang ajak jugak. so saya makan bubur mc d dan coffee since perut saya tak sedap sangat hari tu. maklumlah, aturan bery tak berapa nak bagus since sampai lumut ni. pemakanan dan cuaca kot faktor dia.
ke mc d kejap aje. balik ke chalet terus tengok student di site. lepas tu join haji razak dan lain2 lunch. tak makan banyak sangat tapi masih makan since ada sambal belacan terbaek dari ladang makcik dining hall ni. sedap sangat.
kami balik bilik rehat-rehat kejap. settle zuhur terus saya lepak kat luar bilik. hujan lah pulak turun mencurah-curah. so students tak dapat nak terus buat kerja. saya lepak depan bilik sambil tu ada students yang datang tanya itu dan ini. so layankan aje.
petang, dalam pukul 5 macam tu, masih hujan lagi. so haji razak ajak pergi minum Mr Cendol di giant manjung tu. tak kira, walaupun hujan. cendol tetap cendol. hahahaa!
settle cendol, lin pon bertolak balik ke kajang. kami semua teruskan lagi perjalanan. misinya nak cari kek. sebab ada sorang student yang birthday hari ahad, dan sorang hari isnin. so celebrate skali lah. kat giant tu dah takde kek. so kami ke tesco dengan harapan ada kedai bakery. tapi takde pon. so jalan lagi ronda bandar / pekan manjung tu. cari punya cari, ada satu kedai bakery lama. kebetulan ada la kek. biase2 aje kedainya, langsung tak sampai taraf secret recipe. tapi blasalah la bebeh. janji dapat kek. kami beli kek yang 1kg tu 2 bijik. pandai-pandai la budak-budak tu nak bagi2kan. hahaha..
so balik dari tu, dinner di dining hall dan rehat sebelum night briefing. masa night briefing, macam biasa brief la pasal ape-ape yg patut dan check progress report diorang. muka masing-masing dah sememeh (macam memey suhaiza) dan kepenatan. tapi makan tetap makan diorang tu. lepas celebrate birthdang budak2 tu, diorang potong kek dan bagi2 semua orang. comel je.
2 comments:
bestnyer berkek-kek gitu.
sambal belacan...peh mesti ala-ala kg pure gitu rasanya kan.
nyaman.
musimmmmmmm hujan.
selamat ber survey.
@haslina sambal belacan makcik ni memang terbaek. macam letak dadah pon iye gak.
Post a Comment