Thursday, November 10, 2011

Hari ke-8 di Lumut

ha, hari yang paling dinantikan dah tiba. bagi aku, taufiq, asyraf dan haji razak. sebab kami plan nak ke kuala sepetang harini. plan nak bertolak lepas pukul 11am. so breakfast tu masing-masing makan sikit aje. maklumlah, nak makan besar kan kuala sepetang.

eleh, kau tu aliaa. banyak mane sangat ko makan.

anyway, pagi tu lepas dah make sure students semua ok, yang pergi site dah pergi, yang dah siap kerja duduk di hall untuk buat report, discussion, etc dan dah brief pada hanif dan budi ape diorang perlu buat, kami pon bertolak ke kuala sepetang ikut jalan pantai. so lalu pantai remis semua tu lah. yesss! nak balik rumah father aku!

sebelum sampai ke kedai mee udang tu, singgah di sekolah CikguLan dulu. sebab CikguLan kene attend meeting tengah hari tu sampai petang. so tak dapat lah nak melayan tetamu. lepas dah borak-borak kejap, terus kami ke tempat kejadian. mane lagi, mee udang mak jah kuala sepetang.

haji razak order mee udang special, taufiq dan asyraf order mee udang biasa. aku? macam biasalah, mane makan mee udang. so aku order kuey tiaw goreng udang special dengan udang celup tepung. sebab aku makan bukan banyak pon, so makanan aku dihabiskan oleh ketiga2 hero remaja tu. hehehe.. ulasan dari tetamu? sedap gile!!! makan sampai senak!

plan seterusnya nak bawak diorang minum cendol di bandar taiping. cendol ansari tu ler. tapi sebab kenyang sangat lagi, so jemput diorang ke rumah CikguLan. Latifah ada kat rumah sebab dia cuti 2 minggu lepas rumah father. tak lama lepas kami sampai rumah, Botak pon balik dari sekolah. so kami borak-borak kosong.

lepas solat zuhur, kami gerak ke taiping, terus ke kedai cendol. masing-masing layan cendol. kami order 1 aje rojak sebab nak kongsi rasa je. padahal masing-masing perut dah penuh! hahahaha

lepas tu terus kami bertolak balik ke lumut. ikut jalan yang sama. taufiq yang dah sebut-sebut nak makan durian, dengan gigihnya cari gerai jual durian tepi jalan masa perjalanan balik. jumpa tak? mestilah ada. banyak kedai yang menjual durian. so kami pilih dan berhenti. kopek kat situ jugak dan makan. asyraf dah surrender dan tanak makan langsung. saya sebagai peminat durian yang tegar, mestilah join skali. haji razak dan taufiq takyah cerita lah. siap kami tapau untuk bawak balik untuk budi dan hanif.

lepas tu kami teruskan perjalanan balik ke lumut dengan sekali toilet stop sahaja.

kami sampai tu dah petang. so ada la antara students ni yang tengah main bola sepak dan lepak-lepak tepi laut. so saya join lepak tengok aje diorang main bola. tiba-tiba some students ajak pergi manjung jalan-jalan. so saya pon join lah diorang. ada pulak pasar malam kecik kat giant manjung tu. so kami jalan-jalan tengok dan beli ape-ape yang menarik.

balik dari tu terus dinner dan night briefing. terus saya bagitau ape yang perlu diorang present dan ape yang perlu ada dalam report.

surprisingly tak penat pon rasa hari tu. maybe badan dan otak pon dah tak boleh nak differentiate antara penat dan tak penat. i really do need a holiday!

2 comments:

Shiema said...

mase g sane ari tuh, kue tiaw udang tu lg sedap dari mi udang....ibarat makan kue tiaw bersalut udang huhuhu

aliaaroslan said...

@Shiema aliaa pon lagi suka kuey tiaw compare to mee sebab mee berangin. tapi aliaa makan kuey tiaw goreng jek.