ya, saya masih bergigih nak menghabiskan cerita ceriti pasal lumut ni. mesti ada yang bosan baca kan. sebelum ingatan pudar, mari coretkan.
pagi jumaat nan indah itu, takde buat ape pon. lepas breakfast saya pergi check up on the students punya preparation for the presentation. diorang yang nak present, saya yang sibuk kehulu kehilir check semua. kata style mak mak kan. hahaha.
lepas tu saya dan asyraf ke pekan lumut, beli barang-barang dan souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan. settle beli semua, kami lepak kat mc donalds manjung untuk online. rasa macam sedap aje tengok orang makan mc d tapi sebab memikirkan kejap lagi aje nak lunch, so saya batalkan aje niat saya tu. settle online semua kami pon balik ke chalet.
lepas lunch, saya lepak di bilik aje sementara tunggu geng lelaki solat jumaat. sambil tu tengok cerita melayu ape entah pasal raya haji. best jugak cerita tu, yang norlia ghani berlakon tu.
presentation start pukul 2.30pm sampai almost 8.00pm. yes, sampai lepas maghrib ye. kami panel (saya, taufiq, haji razak dan asyraf + budi dan hanif) gilir-gilir solat dan ada beberapa take-5 in between group presentation. overall, ok je kerja-kerja diorang ni. presentation ialah 20% out of the whole marks. lain-lain on fieldwork, final report dan final product.
lepas presentation, rasa lega sangat! tinggal nak balik aje nih. tapi, kami BBQ dulu. layan ayam ikan nasi goreng, sosej, etc. termasuklah kerang bakar. kerang tu import dari kuala sepetang tau. ambil hari sebelumnya dari rumah CikguLan.
habis makan dan borak, saya balik bilik dah mengemas sambil tengok anugerah skrin. habis anugerah skrin, saya jumpa haji razak kejap dia nak kasi duit share2 yang beli souvenir untuk kawan-kawan office tu. tapi, ada pulak students yang buat hal. buat onar pulak kat tempat orang nih. aduih, parah! no offense to foreigner students, tapi dalam banyak-banyak kali saya bawa student ke survey camp, inilah batch yang ada beberapa students foreigner yang paling degil sekali. hal ni taufiq dah settlekan lepas dah discuss dengan kami semua.
lepas tu? tido lah. kene rest cukup-cukup sebab nak drive jauh pulang ke kampung halamanku di kajang itu.
2 comments:
ape yg foreigner tu buatt??cibong btulll....
@BowBow RooNey dia bajet nak buat mural kat dinding dewan makan dengan spray untuk kerje survey tu. menyirap you all!
Post a Comment