Atas permintaan ramai (bajet kau tu artis kah?) akan aku bergigih menyambung penceritaan adegan Lumut. kejap aku, kejap saya. ikut lah mana yang sempat kan.
anyway, hari ke-7, ialah hari rabu. cuaca tak panas sangat. tapi mendung dan berangin. kami semua berdoa agar tak hujan awal hari sangat supaya banyak kerja boleh disiapkan. i mean, for the students la kan. aku ni hari-hari kerjenye jalan-jalan aje. tengok itu, tengok ini. marah itu, marah ini. hambat student, make sure diorang makan, mandi, buat report, etc. macam mak mak dah ni ha. hambat tu maknanya jerit aje. takde adegan lari sambil bawak rotan pon. ok, aku memang garang.
bila petang aje, hari pon hujan renyai-renyai. tapi students masih buat kerja lagi since tak ribut. diorang diorang pakai payung segala lah. tiba lepas asar, haji razak ajak keluar ke pekan lumut. dia nak cari cimb bank nak buat cash deposit. so aku pon drive dan asyraf join sekali. taufiq dan lain-lain tak ikut. diorang lepak kat chalet aje sambil main bola dengan budak-budak ni.
kat lumut kami jalan-jalan sambil beli barang sikit. aku survey-survey aje ape barang nak beli untuk rumah dan souvenir untuk kawan-kawan office. untuk geng office, biasanya kalau sape2 pergi mana2 untuk ape2 tujuan, mesti ada souvenir keychain or fridge magnet or ape2 lah. since masa first time kami bersurvey camp di lumut ni dah kasi keychain, second time dah kasi fridge magnet, kami decide untuk third time ni kami kasi makanan lah. so dah survey dah harga semua dan nanti aku akan buat kira-kira untuk bahagi sama rasa bahagian setiap sorang yang pergi.
balik dari lumut, terus kami dinner. kebanyakan students dah siap kerja. so diorang concentrate nak siapkan report, prepare untuk present dan buat calculation details yang beratus-ratus tu.
malam tu saje sembang-borak dengan students pasal progress report diorang, kerja dan tanya adakah diorang excited dah nak balik dah. ada yang kata yes, ada yang kata takde perasaan. apekah? diorang lebih nervous pasal nak present nanti. alah, present aje pon. bukannya kne pumping 100 kali kan. hahaha.
ha, aritu kami plan nak pergi kuala sepetang masa hari jumaat pagi kan. tapi kami tukar plan. kami akan pergi esoknya, supaya tak terkocoh2 nak balik since students akan present hari jumaat, lepas solat jumaat.
so, dah terbayang2 mee udang. i mean, diorang yang lain lah. saya? tak heran sangat (chech, berlagak kau kan!)
0 comments:
Post a Comment