Saturday, September 10, 2011

Raya - Taiping

 30 August 2011 = 1 Syawal 1432

Aku kerah semorang bangun awal pagi. Mandi-mandi solat subuh, pakai baju baru. Siapkan makanan, panaskan ape yang patut, buat air, etc. sebelum kaum lelaki pergi solat sunat raya, kami bersalaman raya minta maaf, kasi duit raya, peluk-peluk. 

Settle semua, kaum lelaki pergi solat raya. kami yang perempuan tak pergi solat raya sebab trend kat kampung menteri, kuala sepetang ni ialah budak-budak dah keluar beraya seawal 8pagi. so kami kene standby kat rumah pasal akan ada watak-watak yang datang beraya.

dan, sangat betul ye. budak-budak tak putus-putus datang. sampai lah kaum lelaki balik dari solat raya, sampai kami makan pagi tu, sampailah jam 12pm. oleh kerana kami tak keluar beraya rumah sanak saudara lagi, nak tak nak, lepas budak-budak yang pukul 12pm tu keluar aje rumah, terus kami pon ikut keluar sekali. kalau tak, sampai ke petang la kami tak keluar beraya.

rajin tak Manje tolong henjut buayan anak sapa entah

standby nak keluar beraya. nampak kurus tak? huahuahua

amek kau, serangan berjemaah

lama tak jumpa tok teh

jangan salah kasi sampul!

ramai betul anak buah sepupu

sengih n friends

kain baju sepapan

kutip dik, jangan tak kutip
settle beraya rumah saudara mara keliling kampung, kami balik rumah dan packing untuk balik Kajang.

sebelum balik Kajang, kami singgah ziarah kubur tokwan dan tok (abah dan mak CikguLan). perjalanan balik Kajang smooth sahaja. seperti biasa, ditemani dengkuran kanaks lain dan karaoke lagu westlife sorang-sorang.

lepas tu, sambung beraya Kajang pulak!!!

0 comments: